Ziarah Cakna selamat dilancarkan !

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Shaari Osman (tengah) melakukan gimik perasmian Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.

Perasmian Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi pada Ahad, 27 Januari 2019 berlangsung dengan jaya.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Tuan Shaari bin Osman.

Klik gambar untuk menonton berita majlis perasmian di TV1

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat, Juhari Bulat, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Abd Aziz bin Selaiman, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kedah, Encik Marzuki bin Daud dan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Encik Halid bin Ali.

Seramai 150 tetamu terdiri Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan guru, Penghulu Mukim, Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung dan imam turut hadir.

Program disusuli dengan ziarah cakna ke rumah pelajar di Kampung Buluh Penyumpit, Taman Dahlia dan Langkawi Mall.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Shaari Osman (kiri sekali) bertanya sesuatu kepada pelajar anak pemandu lori, Muhammad Khairul Nazmi Nizar, (dua dari kiri) 17, sempena Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan 2019 di Kampung Buluh Penyumpit, Langkawi.
Tetamu beramah mesra dengan pelajar anak pemandu lori, Muhammad Khairul Nazmi Nizar, (dua dari kiri) 17, sempena Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan 2019 di Kampung Buluh Penyumpit, Langkawi.
Ziarah Cakna ke rumah pelajar di Langkawi Mall.
Ziarah Cakna ke rumah pelajar di Taman Dahlia.

Sharing Best Practices Guru-Guru Tahun 6 UPSR

PPD Langkawi telah menganjurkan sesi perkongsian pintar bersama sekolah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang UPSR 2018.

Seramai 120 guru tahun 6 sekolah rendah telah hadir. Perkongsian ini diuruskan oleh En Zainon Bin Yon dari unit akademik PPDL.

Tuan Timbalan PPDL, Tn Hj Mohamad Kamal Hasyim semasa ucapan aluan telah menzahirkan hasrat untuk melihat pencapaian UPSR 2019 meningkat dari segi kedudukkan MTM berbanding daerah lain.