PELAJAR THAILAND TIMBA PENGALAMAN BERHARGA

Pelajar Thailand ceria bersama keluarga angkat
Peserta Program Keluarga Angkat dan Sekolah Networking Langkawi 2019 menimba pengalaman berharga sepanjang di bawah jagaan keluarga angkat masing-masing.
Peserta bukan sahaja memperoleh ramai rakan baharu ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, malah mereka turut dilayan seperti ‘anak emas’ sepanjang menginap di rumah keluarga angkat.
Program berlangsung pada 7 hingga 11 Januari 2019.

Pelajar Thailand membeli-belah di Kompleks HiG