BANK RAKYAT BANTU 80 PELAJAR

Sebahagian 80 penerima Kad NURI Nutrisi ceria bergambar kenangan di SMK Langkawi Pulau Tuba.

Bagi memastikan pelajar sekolah mendapat makanan berkhasiat, Bank Rakyat Malaysia Berhad melancarkan program Kad NURI Nutrisi di Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba (SMKLPT), pada Jumaat (11 Januari 2019).

Seramai 80 pelajar SMKLPT, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Tuba, Lubuk Chempedak dan Selat Bagan Nyiur menerima Kad NURI Nutrisi (KNN) bagi membolehkan mereka membeli makanan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari di kantin sekolah masing-masing.

Pengetua SMK Langkawi Pulau Tuba, Encik Nordin Abdullah (dua dari kiri) menerima cenderahati dari Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Encik Nizam Sani.

Dua penerima Kad NURI Nutrisi.

Penyampaian KNN kepada penerima disempurnakan Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Encik Nizam Sani.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Encik Mohd Kamal Hashim, Pengurus Bank Rakyat cawangan Langkawi, Encik Ahmad Zamiri Othman, Pengetua SMK Langkawi Pulau Tuba, Encik Nordin Abdullah.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Encik Nizam Sani (kanan sekali) bermesra dengan penerima Kad NURI Nutrisi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.