KEBUN NURI NUTRISI DI SMKTP

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Encik Nizam Sani (kanan sekali) menyampaikan replika cek kepada Pengetua SMKTP, Sabri Abdol Rahim (kiri sekali) pada majlis pelancaran Kebun NURI Nurisi di pekarangan sekolah itu.
Bank Rakyat meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi pelancaran Kebun NURI Nutrisi (KNN) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra (SMKTP) pada Jumaat (11 Januari 2019).
Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Encik Nizam Sani.
Dalam ucapannya, Encik Nizam berkata, KNN bertujuan memberi peluang pelajar dan sekolah menguruskan tanaman sayuran dan buah-buahan yang kelak hasilnya dapat dituai dan dijadikan sumber makanan nutrisi.
Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Encik Mohd Kamal Hashim dan Pengetua SMKTP, Encik Sabri Abdol Rahim.

Pelajar SMKTP bergambar kenangan selepas pelancaran Kebun NURI Nutrisi di pekarangan sekolah itu.