KPM PELAWA BERI CADANGAN
Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) mengendalikan satu tinjauan umum bagi mengumpul maklumat daripada rakyat Malaysia yang mempunyai cadangan ke arah menambah baik sistem pendidikan negara.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3, No. 2, MENARA 2, JALAN P5/6
PRESINT 5, 62200 PUTRAJAYA
TEL: 03-8870 6291
FAKS: 03-88706885
KENYATAAN MEDIA
JAWATANKUASA KAJIAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA (JKD) MEMPELAWA ORANG RAMAI MEMBERI PANDANGAN MENGENAI DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 6 Jun 2018 telah memutuskan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara, termasuk
menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti, yang turut meliputi aspek kesedaran sivik dan pembentukan nilai-nilai murni.
Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut, JKD yang terdiri daripada 13 ahli, sedang mengendalikan satu tinjauan umum bagi mengumpul maklumat daripada rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan dan institusi yang mempunyai cadangan dan perakuan ke arah menambah baik dan membawa perubahan kepada sistem pendidikan negara.
JKD juga telah mengadakan siri pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam perbincangan secara bersemuka, sesi dialog awam, taklimat dan syarahan umum.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dipelawa berkongsi dan mengemukakan cadangan dan idea masing-masing menerusi pautan https://goo.gl/forms/fq0di2BFqQPoGEZ1
Selain itu, borang khas bagi tujuan tersebut boleh diperoleh dengan menulis kepada JKD di e-mel ikkdon@amail.com.
JAWATANKUASA KAJIAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA (JKD)
12 JANUARI 2019