Monthly Archives: January 2019

Pra Pelancaran Program Ziarah Cakna 2019

Apa itu Program Ziarah Cakna?

Jangan lupa dengarkan siaran LangkawiFM 104.8 MHz !

Sharing Best Practices Guru-Guru Tahun 6 UPSR

PPD Langkawi telah menganjurkan sesi perkongsian pintar bersama sekolah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang UPSR 2018.

Seramai 120 guru tahun 6 sekolah rendah telah hadir. Perkongsian ini diuruskan oleh En Zainon Bin Yon dari unit akademik PPDL.

Tuan Timbalan PPDL, Tn Hj Mohamad Kamal Hasyim semasa ucapan aluan telah menzahirkan hasrat untuk melihat pencapaian UPSR 2019 meningkat dari segi kedudukkan MTM berbanding daerah lain.

ETR MP SEJARAH SPM

Sila lengkapkan borang ETR MP Sejarah 2019 berkenaan di pautan mengikut nama sekolah yang telah ditetapkan sebelum atau pada 31 Januari 2019. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Ahmad Sufian bin Abdul Rahman, Pen. PPD Kemanusiaan di talian 014-2424624.

Data yang telah lengkap diisi akan dianalisa dan digunakan sepanjang tahun 2019 bagi menilai keberkesanan program intervensi yang dilaksanakan.

Smart Master dan Smart PhD untuk guru

Kredit: Utusan Malaysia Online

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan program Smart Master dan Smart PhD kepada para guru yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Penawaran program demikian adalah sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang mahu majoriti guru di negara ini sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana menjelang tahun 2030.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohamad Shatar Sabran berkata, UPSI mengambil langkah proaktif menzahirkan hasrat kementerian itu dengan menyediakan tempat kepada guru-guru di seluruh negara yang mahu melanjutkan pengajian.

Untuk info lanjut boleh klik link:

https://bit.ly/2R1o04o

« Older Entries Recent Entries »