Monthly Archives: August 2019

BENGKEL PENGGUNAAN KALKULATOR CLASSWIZ ANJURAN MARCO CORPORATION UNTUK GURU-GURU MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH LANGKAWI 2019

Tarikh : 28 Ogos 2019

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : Gemilang 1 , PPD Langkawi.

Disampaikan oleh En. Ammar Safuan wakil dari Macro Corporation. Pendedahan secara praktikal cara penggunaan kalkulator Classwiz yang sangat manarik. Ilmu baru seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Guru guru dapat kalkulator baru

Kursus Penyerapan Ilmu PKJR dalam Mata Pelajaran BM Sekolah Menengah Daerah Langkawi

Kursus Penyerapan Ilmu PKJR dalam Mata Pelajaran BM Sekolah Menengah Daerah Langkawi dilaksanakan dari 26 hingga 28 Ogos 2019 bertempat di Bilik Seminar PPD Langkawi (hari pertama) dan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuah (hari kedua dan ketiga). Kursus ini melibatkan 13 orang guru Bahasa Melayu dari 7 buah sekolah menengah daerah Langkawi. Mereka mewakili sekolah masing-masing dan perlu disampaikan kepada semua guru Bahasa Melayu di sekolah masing-masing sebelum sesi persekolahan 2020 bermula. Hal ini demikian kerana mulai sesi persekolahan 2020, penerapan ilmu PKJR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 1, 2 dan 3 perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 1 jam sebulan. Kursus ini diuruskan oleh Pn Salawati Saad, Penolong PPD Bahasa dan jurulatih utamanya terdiri daripada Pengarah JKJR Negeri Kedah, Pegawai JKJR dari ibu pejabat Kuala Lumpur, SISC+ Sukri Hj Isa (PPD Langkawi) dan dipantau selia oleh Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dari Putrajaya. Program ini adalah hasil kerjasama pintar antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Read more

Program Peningkatan Prestasi Akademik SPM Anjuran Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Dengan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi Tahun 2019

TARIKH : 23 & 24 OGOS 2019
TEMPAT : DEWAN SERI SEMERBAK, SMK KEDAWANG
MASA   : 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
PESERTA: 250 ORANG MURID TINGKATAN 5 SEMUA SEKOLAH MENENGAH DAERAH LANGKAWI
MP     : B. INGGERIS, MATEMATIK DAN SEJARAH
Sijil Penghargaan

« Older Entries