Monthly Archives: October 2019

Kolaborasi Aktiviti Pengakap PPKI Bersama Pengakap Kelana Daerah Langkawi.

Tarikh :22.10.2019

Masa:8.00 pagi

Tempat:SK Ulu Melaka

Program ini disertai oleh murid-murid PPKI daerah Langkawi,guru-guru pengiring dan pembantu pengurusan murid dan pengakap Kelana.

Aktiviti yang dijalankan telah berjaya menarik minat semua murid yang hadir.Mereka turut menyediakan masakan murtabak maggi dan sandwich.Acara berpasukan turut diadakan iaitu panjat tali,kawad asas dan pasang khemah.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama menjayakan program ini.

Majlis Anugerah Cemerlang Pendidik Tadika Swasta Daerah Langkawi 2019

Tarikh:22.10.2019

Masa:8.15 malam

Tempat:Auditorium Galeria Perdana

Majlis Anugerah telah dirasmikan oleh Tn Haji Ahmad Shukri Shafie,Ketua Sektor Swasta Pendidikan Khas JPN.Sebanyak 15 tadika terlibat dalam menjayakan majlis ini.Turut hadir ialah En Halid Ali, Pegawai Pendidikan Daerah,Tn Haji Mohamad Najib Hj Adnan,Pegawai Tadbir Galeria,Tn Haji Abdullah Sani Long,KPP Swasta dan rakan pegawai swasta JPN.

Majlis telah berjalan lancar dengan adanya kerjasama semua pihak.

KUNJUNG BANTU PEMANTAPAN PENGURUSAN PELAKSANAAN BERSAMA SU PBD SK Temonyong

Tarikh : 21/10/2019

Masa : 8:30 pagi

Pegawai hadir bersama En Ahmad Sufian, Diane, Miss Mirinda dan Pn Asma.

Perbincangan bersama Cikgu Hazirah setiausaha PBS merangkap penyelaras PBD SK Temonyong.

Follow Up Follow Trough PBD:

1. Standard Kandungan Kurikulum DSKP sebagai rujukan utama dalam penetapan TP

2. Mewujudkan koloboratif antara guru – mengikut subjek /tahun.

3. Membudayakan PDCA dalam setiap program yang dijalankan – ( perancangan yang dikongsi/pelaksanaan/moderasi/pertimbangan profesional/ intervensi/ analisi item

4. Perekodan data dalam templat offline

5. Pelaporan yang berfokus – spesifik, berfokus, telus dan jujur. yg dikongsi/ Pelaksanaan/Moderasi

‘Team Building’ Pegawai dan AKP PPD Langkawi 2019

Tarikh : 11 hingga 12 Oktober 2019

Masa : 3 petang (Jumaat hingga 5.00 petang Sabtu)

Tempat : Pulau Jemuruk, Langkawi

Sasaran : Semua Pegawai dan AKP PPD Langkawi

(Kehadiran : 36 orang pegawai, AKP dan 3 orang Jurulatih Pusat Kokurikulum Ewa)

Program ini diadakan untuk meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan dan kemahiran kepemimpinan dalam kalangan pegawai dan AKP PPD Langkawi.Tahniah dan terima kasih untuk komitmen semua pegawai dan AKP yang terlibat.

#Mencari persamaan dalam pelbagai perbezaan…

#Team Building Pulau Jemuruk Langkawi…

« Older Entries