PROGRAM TAZKIRAH BULI SIRI 1 MURID ASRAMA DAERAH LANGKAWI TAHUN 2020
TARIKH DAN MASA :12 JANUARI 2020 (AHAD) 7.30-8.30 PM
TEMPAT :ASRAMA/SURAU SMK TUNKU PUTRA, SMK KEDAWANG, SMK LANGKAWI, SMK MAHSURI DAN SK SELAT BAGAN NYIOR
PENCERAMAH : 1. SMKL PUAN SALAWAI BT SAAD 2. SMKM : EN. MUHAMAD NAZRI B. MOHD. NOOR 3. SMK KEDAWANG :EN. YUSOF BIN NAYAN 4. SMKTP : EN AZUDIN BIN MAT 5. SKSBN : EN.NOOR AZMAN B.LONG
MATLAMAT: Program Tazkirah Buli diadakan bertujuan untuk mencegah perbuatan buli di kalangan murid-murid asrama sekolah-sekolah Daerah Langkawi dan juga usaha untuk mengurangkan perbuatan buli yang berlaku di sekolah . Walaupun kadar buli di Daerah Langkawi masih rendah jumlahnya, tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan agar murid-murid faham kenapa perbuatan buli tidak dibenarkan sama sekali terjadi sama ada di sekolah atau pun di mana-mana sahaja.
OBJEKTIF: Objektif Program Tazkirah Buli adalah seperti berikut
1. Mencegah perbuatan buli di kalangan murid-murid asrama.
2. Meningkatkan kesedaran murid-murid akan bahaya perbuatan buli serta kesan-kesan dan akibat terhadap mereka yang dibuli dan warga sekolah secara amnya.
3. Mengurangkan kadar/jumlah perbuatan buli di sekolah .
4. Menanam sikap saling sayang menyayangi, tolong menolong dan berdisiplin di kalangan murid-murid dan warga sekolah secara umumnya.
SASARAN
Semua murid asrama di 5 buah sekolah Daerah Langkawi
PROGRAM TAZKIRAH BULI DI ASRAMA SMKL PROGRAM TAZKIRAH BULI DI ASRAMA SKSBN PROGRAM TAZKIRAH BULI DI ASRAMA SMKTP PROGRAM TAZKIRAH BULI DI ASRAMA SMK KEDAWANG PROGRAM TAZKIRAH BULI DI ASRAMA SMK MAHSURI