Monthly Archives: January 2020

BENGKEL PENJANAAN ARTIKEL PPDLANGKAWI.COM KEPADA PEGAWAI 2020

TARIKH21 JANUARI 2020
MASA10 PAGI
TEMPATGEMILANG 2, PPD LANGKAWI
PESERTASEMUA PEGAWAI
DOKUMENPersembahan PowerPoint
DAPATAN BENGKEL

Bengkel Penjanaan Artikel ppdlangkawi.com membolehkan pegawai menulis artikel di portal bagi aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2020. 

Pegawai yang telah mengikuti kursus berkemahiran 
1. Menulis perenggan 
2. Memuat naik foto ke dalam artikel 
3. Membuat list atau senarai 
4. Edit semula artikel yang telah diterbitkan 
5. Memadam artikel 

5G MALAYSIA INTERNATIONAL CONFERENCE

The 5G Malaysia International Conference 2020, themed 5G: Progressing Humanity, is the country’s foremost platform to discuss the potential of the technology in improving quality of life and spur innovations. The one-day conference will be held in Langkawi, which is one of the many sites where 5G Demonstration Projects are being conducted nationwide. Conference participants will be able to witness 5G uses cases in the areas of agriculture, digital healthcare, education, entertainment/ media, smart airport, smart transportation, smart city and tourism.

The conference will bring together experts from far and wide, distinguished speakers, and high-powered captains of industry who will exchange knowledge, experience, idea and insight in nurturing and accelerating the adoption of 5G services and applications. Topics will include economic and social perspectives for developing countries transitioning to 5G amidst the current state of 5G deployment globally and what it takes for industry players to transform from being a connectivity provider to an ecosystem enabler.

The conference anticipates participants from government agencies, international regulators, policy makers, researchers, industry players and academicians.

Participants are also invited to a tour of the live sites of the 5G Demonstration Projects on 21 January 2020. The tour is limited to the first 200 pre-registered participants.

For further information, please email cempd@mcmc.gov.my

Bengkel Aplikasi Telefon Pintar dalam PdPc

19 Januari 2020 – Bengkel Aplikasi Telefon Pintar dalam PdPc untuk guru-guru Maktab Mahmud Langkawi telah dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel yang bermula jam 2.10 petang tersebut telah dihadiri oleh hampir semua guru Maktab Mahmud Langkawi termasuk MLT dan SLT. Bagi menjayakan bengkel tersebut, kepakaran yang ada pada ML SMK Ayer Hangat dimanfaatkan sepenuhnya, iaitu Pn Siti Farah Wahida bt Ahmad Hariri. Beliau turut dibantu oleh Pn Atifah bt Azizi dan En. Mohd Mustaqim. Kedua-duanya juga guru SMK Ayer Hangat. Turut hadir ialah SISC+ Sukri hj Isa yang merupakan mentor bagi kedua-dua buah sekolah tersebut. Bengkel tersebut dilaksanakan bertujuan untuk memastikan semua peserta berpengetahuan dan berkemahiran

untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada telefon pintar masing-masing melalui sambungan terus ke televisyen (tanpa wayar) yang ada di semua kelas. Diharapkan guru-guru akan mengintegrasikan PdPc masing-masing dengan elemen teknologi maklumat selaras dengan pedagogi PAK21 yang sangat diberikan penekanan dalam sistem pendidikan kita sekarang ini.

BIMBINGAN PERANCANGAN STRATEGIK ORGANISASI (PSO 2020)

Bimbingan PSO dan taklimat peruntukan kewangan telah diadakan di Maktab Mahmud Langkawi kepada semua SLT (Pengetua dan penolong-penolong kanan). SLT didedahkan dengan lebih jelas tentang PINTAS dan OPPM dalam melaksanakan Perancangan Strategik Sekolah.

Dalam ucapan aluan, Encik Mohamad Nazri bin Mohd Noor (Timbalan PPD Pengurusan Sekolah) mengucapkan tahniah kepada pengetua dan warga sekolah di atas pencapaian cemerlang SPM tahun 2018.

Ceramah Motivasi & Bonda Unplugged Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Dr Siti Hasmah membuat penampilan istimewa itu dengan mempersembahkan empat lagu iaitu Hati Ke Hati, Epilog Cinta, Gubahanku dan Getaran Jiwa.

Persembahan beliau turut diiring Eagle Cop’s Band yang dianggotai lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

Lebih mengujakan apabila isteri Perdana Menteri itu turut mempelawa Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim dan guru, Sufina Halim membuat persembahan nyanyian bersamanya.

Persembahan turut disaksikan 114 pelajar mewakili tujuh sekolah rendah dan menengah sekitar pulau itu.

Di akhir persembahan, Siti Hasmah mencuri perhatian penonton apabila menggesek biola mengiringi pelajar menyanyikan lagu rakyat kanak-kanak, Rasa Sayang, Chan Mali Chan Lompat Si Katak Lompat dan Geylang Si Paku Geylang.

Turut hadir menyaksikan persembahan, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim; Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman dan Pengarah Galeria Perdana Mohamad Najib Adnan.

Penuh Semangat Penceramah menyampaikan Motovasi
Tuan Pengarah turut serta mendengar Ceramah Motivasi Pelajar
Teruja….
Bergambar kenangan

« Older Entries Recent Entries »