Mesyuarat Pengurusan Program Transformasi Daerah (DTP) Bil 1/2020
- Tarikh : 18 Feb 2020
- Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
- Tempat : Gemilang 2, PPD Langkawi
- Pengerusi : Program Manager DTP
- Dokumen


Satu Bengkel untuk Guru-guru PKJR telah diadakan bagi memastikan berlakunya penyerapan ilmu PKJR didalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa melayu disekolah-sekolah Daerah Langkawi. Majlis ilmu disampaikan oleh Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun pada 20 Februari 2020 di Bilik Seminar PPD Langkawi
Tarikh : 25 Februari 2020
Tempat : Sekolah Kebangsaan Seri Negeri
Masa : 10:30 pg – 12.30 tengahari
Semua sekolah TS25 Daerah Langkawi membentangkan perkongsian amalan terbaik yang dijalankan disekolah sepanjang tempoh menjadi sekolah TS25. Perkongsian ini diharap dapat menjadi panduan kepada semua sekolah dalam menjalankan transformasi di sekolah masing-masing.
Lawatan Kunjung Bantu SIP+ dan SISC+ sekolah TS25.Terima kasih SLT dan MLT SK Kedawang atas perbincangan dan percambahan idea serta LW yang berfokus kepada SKPMg2 Standard 4. Teruskan usaha demi kemenjadian murid SK Kedawang.
Pasukan PPD yang diketuai oleh En Azudin bin Mat (SIP+) telah mengadakan bimbingan kepada SLT di SK Kedawang (TS25 Kohort 3).Bimbingan disertai oleh Diane (Leap Ed), en Sukri Isa ,pn Zainab,pn Asma dan en Zamri.
Fokus utama ialah melihat program yang telah dilaksanakan dan keberhasilan yang dicapai dari segi kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Persekitaran kawasan sekolah sangat kondusif dan menarik.