Monthly Archives: February 2020

Program Peningkatan Kemahiran Psikomotor Dan Psikososial Murid Berkeperluan Khas Sekolah Menengah Daerah Langkawi

Kuah, 19 Februari 2020 | Seramai 35 orang Murid Berkeperluan Khas daripada PPKI sekolah menengah Daerah Langkawi terlibat.

Objektif program adalah untuk meningkatkan kemahiran Psikomotor dan Psikososial murid MBK. Terima kasih kepada semua sekolah, guru-guru, pihak LADA sebagai penyumbang dana makan minum serta padang, Mahsuri Bowl Club (MBC) yang menyediakan jurulatih serta PPD Langkawi (En Zul Ab Rahman) yang menyelaras program.

Bengkel Penyelarasan Pembinaan Bank Item Sejarah

15 Februari 2020 – Bengkel Penyelarasan Pembinaan Bank Item Sejarah telah dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel tersebut disertai oleh dua orang guru Sejarah daripada semua sekolah menengah daerah Langkawi termasuk wakil guru dari SMA Al-Baqiyatussolihat, Padang Rangut. Namun begitu, SMK Langkawi tidak diwakili oleh seorang guru pun. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Cikgu Norita Samsudin, pemeriksa kertas Sejarah SPM dari SMK Mahsuri dan Cikgu Roslina Hashim dari SMK Tunku Putra.Bengkel yang bermula jam 8.30 pagi tersebut berakhir pada jam 1.00 petang. Pemurnian item yang telah dibina oleh guru akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Februari, jam petang di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.

SK Nyior Chabang

Tarikh:17 Februari 2020(Selasa)

Program bersama PDRM serta jemputan ‘Spiderman’ bagi menggalakkan murid hadir ke sekolah patut dicontohi

Sudut Pembelajaran di luar kelas yang semakin mantap.

Di dewan dan bawah tangga kelihatan sangat menarik

Learning Walk bersama SLT dan dapatan dibincangkan semasa perjumpaan mingguan MLT SK Nyior Chabang.

Fokus SKPMg2 Standard 4
4.6 – Pembelajaran Aktif Murid

« Older Entries Recent Entries »