BENGKEL INTERPRETASI DATA PEPERIKSAAN SEKOLAH MENENGAH
PPD Langkawi mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Interpretasi Data sebagai satu usaha membantu pihak sekolah di dalam persediaan menguruskan Dialog Prestasi di peringkat sekolah. Kemahiran menginterpretasi data adalah sangat penting dalam proses membuat keputusan bagi menentukan tindakan lanjut yang bakal diambil seterusnya dapat melonjakkan prestasi pencapaian sekolah.
Tarikh : 09 Ogos 2020 (Ahad)
Masa : 09.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Seminar, PPD Langkawi
Peserta : Pengetua dan PK1 Sekolah – Sekolah Menengah
Pegawai : PPD, Timbalan-Timbalan PPD, SIP+, SISC+, SIO, Pen. PPD Sektor Pembelajaran









