PROGRAM KUNJUNG BANTU BERFOKUS PPD LANGKAWI BERSAMA-SAMA SIP+ NEGERI KEDAH
Tarikh: 19 Ogos 2020 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 ptg

Objektif program ialah membimbing sekolah-sekolah di daerah Langkawi bagi meningkatkan prestasi akademik. Fokus utama ialah layak sijil SPM, kehadiran dan PBD.
Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kunjung bantu ialah SMK Tunku Putra, SMK Ayer Hangat, SMK Mahsuri, SMK Kelibang, SK Kuala Teriang, SJK C Min Nam, SK Pdg Matsirat, SK Ewa, SK Sg Menghulu dan SJK T Ldg Sg Raya.
Sesi pembentangan dan pelaporan diadakan bagi penambahbaikan sekolah. Sesi ini turut disertai oleh Unit Pengurusan Sekolah JPN yang diketuai oleh Tn Abdul Somad bin Hj Abdullah dan Tn Azhari bin Abdul Rashid, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi.