Monthly Archives: September 2020

TAKLIMAT DAN BENGKEL PENGURUSAN MURID RENDAH DAN MENENGAH KEPADA PK HEM PERINGKAT DAERAH LANGKAWI TAHUN 2020

TEMPAT: DEWAN SEMINAR PPD LANGKAWI

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2020 (SELASA)

MASA : 8.30 PAGI- 2.00 PETANG

PENCERAMAH : EN. ISMAIL BIN MAN DAN EN. MOHD IZWAN BIN IDRIS

BAHAN POWERPOINT

KEHADIRAN

Taklimat dan bengkel ini bertujuan untuk menerangkan dan memastikan segala urusan berkaitan pengurusan murid di sekolah berjalan lancar dan sistematik

  1. Aktivit Berkumpulan – Catatkan semua aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang melibatkan pengurusan murid yang ada hubungkait dengan Sektor Pengurusan Sekolah di PPD Langkawi.
  2. Pengurusan Fail.
  3. Borang (PU(A)275).
  4. Permohonan kemasukan murid bukan warganegara.
  5. Borang ASBS.
  6. Rayuan belajar semula (RBS)
  7. Keberadaan murid
  8. Permohonan ke sekolah khusus.
  9. Edaftar Rendah Pendaftaran Tahun 1 2021.
  10. Kelonggaran syarat kemasukan awal tahun 1 2021.
  11. Pertukaran Aliran (SJK (C) & SJK (T).

Tindakan sekolah: Pihak sekolah perlu membuat persediaan untuk Taklimat Dan Bengkel Pembentangan Pelaksanaan Jk Program Sifar Murid Cicir Rendah Dan Menengah Peringkat Daerah Langkawi pada 21 Oktober 2020.

BENGKEL PENGURUSAN BIG DATA PPD LANGKAWI

TARIKH: 28 SEPTEMBER 2020

MASA: 09.00 PAGI HINGGA 01.00 TENGAHARI

TEMPAT: GEMILANG 2, PPD LANGKAWI

MEMO

KEHADIRAN SPLKPM

Bengkel bertujuan menyatukan data – data dari semua sektor agar dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan oleh pegawai (SIO) dalam usaha membantu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah.

Kemahiran yang dikongsi

  • Penyediaan tapak pengisian data
    • Kehadiran
    • UPSR
    • Guru
  • Google Data Studio
    • Create report
    • Add Data (google sheet)
    • Add Charts (table, bar)
    • Add Controls (Drop – down list)
    • Blend data

Semua peserta bengkel berjaya menggabungkan kesemua kemahiran di atas bagi menghasilkan dashboard di Google Data Studio.

Langkah seterusnya ialah untuk menghasilkan Dashboard bagi semua sektor dan akhirnya Dashboard PPD yang dapat menggabungkan kesemua data daripada semua sektor.

Ziarah Cakna BSN Bersama-sama PIBKS Daerah Langkawi Ke Pulau Tuba

Pada 27.09.2020 telah diadakan ziarah cakna BSN bersama-sama PIBKS daerah Langkawi ke Pulau Tuba. Rombongan ziarah telah bertolak dari Jeti Pekan Rabu pada jam 12.30 tgh dan tiba di Pulau Tuba pada jam 1.00 ptg. Pihak Pengurusan SK Pulau Tuba telah membawa ahli rombongan ke tiga buah rumah anak-anak murid SK Pulau Tuba yang terpilib. Pihak BSN telah menyampaikan sumbangan kepada ketiga-tiga buah keluarga berkenaan. Diharap sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit kos sara hidup keluarga.

Rombongan ziarah cakna dalam perjalanan ke Pulau Tuba
Ziarah cakna BSN di rumah pertama
Ziarah cakna BSN di rumah kedua
Ziarah cakna BSN di rumah ketiga
Terima Kasih BSN dan JPNK

Penataran E-Pelaporan PIBKS 2020 Daerah Langkawi.

Pada 27.09.2020 telah diadakan Taklimat Penataran E-Pelaporan PIBKS 2020 bagi daerah Langkawi.Taklimat ini diadakan di bilik seminar PPDL bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tgh.Taklimat ini telah dihadiri oleh Penolong Kanan HEM, Setiausaha dan Bendahari PIBG sekolah-sekolah daerah Langkawi.Pihak BSN dan SPRM juga telah turut serta memberi taklimat kepada semua hadirin.

Taklimat E-Penataran PIBKS tahun 2020
Taklimat oleh BSN
Taklimat oleh SPRM
Wakil BSN Negeri Kedah Darul Aman
Wakil JPN Negeri Kedah dan PPD Padang Terap
Terima Kasih BSN,SPRM dan JPNK menjayakan Taklimat e-Pelaporan PIBKS 2020 dan ziarah cakna BSN ke Pulau Tuba

MAKLUM BALAS: PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK DI NEGERI PERLIS

Tarikh: 20 September 2020 (Ahad)

Masa: 2.30 ptg

Tempat : Bilik Gemilang 1,PPD

Objektif : Mendapat maklumbalas daripada semua pegawai dan Guru Besar yang mengikuti lawatan pada 7 September 2020 di dua buah sekolah di Kuala Perlis.

Berdasarkan perkongsian,rumusan di Perlis adalah seperti berikut;

Sehubungan dengan itu satu ketetapan telah diambil untuk memilih satu sekolah di kalangan sekolah DTP dan TS25 untuk dijadikan tanda aras kepada sekolah SK Seberang Ramai,Perlis yang dijangka akan membuat kunjung balas pada tahun ini.

Di samping itu,sekolah yang terlibat dengan lawatan diminta untuk membuat satu kebitaraan yang menggambarkan identiti sekolah atau menjurus ke arah kemenjadian murid.Amalan terbaik dan kekuatan yang terdapat di 2 buah sekolah boleh dikongsi dan dijadikan panduan bagi merealisasikan kecemerlangan sekolah.

« Older Entries