BIMBINGAN Penarafan PKPPPD OLEH PEGAWAI PPD KUBANG PASU
Tarikh : 2 – 3 September 2020
Masa : 8.30 – 5.30 pagi
Tempat : Bilik Gemilang 1
Kehadiran : Semua Pegawai dan Anggota Kumpulan Sokongan PPD Langkawi
Bagi memperkemas penyediaan Fail Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah (PKPPD) PPD Langkawi, kumpulan verifikator PPD Langkawi yang diketuai oleh En Lee Kim Kak, dan dibantu oleh Hjh Norzilah Bt Ahmad, Kaunselor Pendidikan Daerah dan En Mohd Syuhaimi Bin Abu, Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan telah menjemput 2 orang pegawai dari PPD Kubang Pasu untuk memeriksa dan membuat “cross check” kualiti penyediaan fail berkenaan.
Pegawai yang telah dijemput adalah
1. Encik Rosmira Bin Saad
2. Encik Shamsuddin Bin Aroff
Bimbingan verifikasi yang telah berlangsung selama 2 hari diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada verifikator jemputan oleh tuan KPPPD Langkawi.