penataran program DTP : iBimbing dan SPSI PPD Langkawi
Tarikh : 06.09.2020
Masa : 8.30 – 11.30 pagi
Tempat : Bilik Gemilang 1
Kehadiran : Semua Pegawai PPD Gred DG, Penolong Akauntan, Penolong Pegawai Tadbir serta Ketua Pembantu Tadbir
Pada 26 Ogos 2020, telah berlangsung Program PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) : BENGKEL PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) BILANGAN 4/2020 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Kamal Bin Hashim, Timbalan PPD Perancangan dan En. Mohd Syuhaimi Bin Abu, Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi mewakili PPD Langkawi. Pada program tersebut, pegawai telah didedahkan dengan Program iBimbing, Inisiatif Satu PPD Satu Inovasi (SPSI) dan perancangan penggunaan Aplikasi iBimbing secara meluas di seluruh PPD Negeri Kedah.
Sehubungan itu, sebuah penataran untuk program berkenaan telah diadakan pada 6 September 2020.