INISIATIF MEMANTAPKAN KEPIMPINAN SEKOLAH: BENGKEL PASUKAN LATIHAN SEKOLAH DAERAH LANGKAWI TAHUN 2020

Tarikh: 21 September 2020 (Isnin)

Masa: 8.30 pg hingga 1.30 tgh

Tempat: Bilik Gemilang 1, PPD

Objektif utama bengkel ini untuk mengenalpasti peserta yang berpotensi menjadi pemimpin pada masa hadapan.Bilangan peserta terdiri daripada 7 orang penolong kanan daripada sekolah menengah dan 9 orang penolong kanan daripada sekolah rendah (16 orang). Peserta dipilih berdasarkan komitmen, kesungguhan, tempoh perkhidmatan untuk berkhidmat serta kompeten dalam menjalankan tugas.

Program dimulakan dengan ucaptama oleh Tn Azhari bin Abdul Rashid (Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi).Beliau menekankan kepada perlunya pendidikan di Langkawi dipimpin oleh orang Langkawi. Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar bimbingan berterusan diberikan kepada barisan penolong kanan yang dipilih supaya layak dicalonkan mengikuti kursus NPQEL bermula tahun 2021. Ini memandangkan dalam masa 1 hingga 3 tahun akan berlaku kekosongan jawatan PGB di daerah Langkawi.

Slot 1

Perbengkelan dikendalikan oleh En Azudin bin Mat (SIPartners+PPD Langkawi) yang memberi fokus kepada mengupayakan kepimpinan SLT. Antaranya ialah kepimpinan berimpak tinggi, kompetensi dalam bidang kepimpinan dan menguruskan sekolah menggunakan SKPMg2.

Slot 2-

Dikendalikan oleh En Lee Kim kak (Timbalan PPD Pembangunan Murid) yang memberi fokus kepada Dialog Prestasi berpandukan PDCA. Dalam sesi ini setiap individu diberi pendedahan merangka satu program menggunakan pendekatan PDCA. 3 orang peserta dipilih untuk membuat pembentangan mewakili akademik, HEM dan kokurikulum.

Bagi memastikan program ini berterusan, FUFT akan dilaksanakan kepada semua peserta. Peserta diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan dialog prestasi (Fokus PDCA). Pegawai yang terlibat akan ke sekolah untuk memberi bimbingan (FUFT).Bahan berkaitan bengkel telah disediakan bagi memudahkan peserta membuat rujukan.

Rumusan daripada bengkel ini, penolong kanan yang dipilih akan lebih kompeten dan positif bagi meningkatkan kompetensi diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.