Monthly Archives: September 2020

INISIATIF MEMANTAPKAN KEPIMPINAN SEKOLAH: BENGKEL PASUKAN LATIHAN SEKOLAH DAERAH LANGKAWI TAHUN 2020

Tarikh: 21 September 2020 (Isnin)

Masa: 8.30 pg hingga 1.30 tgh

Tempat: Bilik Gemilang 1, PPD

Objektif utama bengkel ini untuk mengenalpasti peserta yang berpotensi menjadi pemimpin pada masa hadapan.Bilangan peserta terdiri daripada 7 orang penolong kanan daripada sekolah menengah dan 9 orang penolong kanan daripada sekolah rendah (16 orang). Peserta dipilih berdasarkan komitmen, kesungguhan, tempoh perkhidmatan untuk berkhidmat serta kompeten dalam menjalankan tugas.

Program dimulakan dengan ucaptama oleh Tn Azhari bin Abdul Rashid (Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi).Beliau menekankan kepada perlunya pendidikan di Langkawi dipimpin oleh orang Langkawi. Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar bimbingan berterusan diberikan kepada barisan penolong kanan yang dipilih supaya layak dicalonkan mengikuti kursus NPQEL bermula tahun 2021. Ini memandangkan dalam masa 1 hingga 3 tahun akan berlaku kekosongan jawatan PGB di daerah Langkawi.

Slot 1

Perbengkelan dikendalikan oleh En Azudin bin Mat (SIPartners+PPD Langkawi) yang memberi fokus kepada mengupayakan kepimpinan SLT. Antaranya ialah kepimpinan berimpak tinggi, kompetensi dalam bidang kepimpinan dan menguruskan sekolah menggunakan SKPMg2.

Slot 2-

Dikendalikan oleh En Lee Kim kak (Timbalan PPD Pembangunan Murid) yang memberi fokus kepada Dialog Prestasi berpandukan PDCA. Dalam sesi ini setiap individu diberi pendedahan merangka satu program menggunakan pendekatan PDCA. 3 orang peserta dipilih untuk membuat pembentangan mewakili akademik, HEM dan kokurikulum.

Bagi memastikan program ini berterusan, FUFT akan dilaksanakan kepada semua peserta. Peserta diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan dialog prestasi (Fokus PDCA). Pegawai yang terlibat akan ke sekolah untuk memberi bimbingan (FUFT).Bahan berkaitan bengkel telah disediakan bagi memudahkan peserta membuat rujukan.

Rumusan daripada bengkel ini, penolong kanan yang dipilih akan lebih kompeten dan positif bagi meningkatkan kompetensi diri.

BENGKEL PEMANTAPAN BIMBINGAN PEGAWAI SCHOOL IMPROVEMENT OFFICERS (SIO) 2020

TARIKH: 22 SEPTEMBER 2020

MASA: 03.00 HINGGA 05.00 PETANG

TEMPAT: BILIK SEMINAR, PPD LANGKAWI

PENYAMPAI: 

PEGAWAI SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES (SISC+)

EN SUKRI BIN ISA – SISC+ SAINS SOSIAL

EN ZAMRI BIN HANAFI – SISC+ BAHASA

PN ASMA BT SAAD – SISC+ TVET

Sebuah bengkel bagi kesinambungan siri pemantapan perekodan bimbingan kepada semua pegawai PPDL

Bengkel memfokuskan topik Coaching and Mentoring (C&M) serta definisi bimbingan dalam bentuk bengkel berkumpulan

PEMANTAPAN BUDAYA PEREKODAN BIMBINGAN UNTUK ANGGOTA KUMPULAN PERKHIDMATAN PPD LANGKAWI 2020

TARIKH: 21 SEPTEMBER 2020

MASA: 03.00 HINGGA 05.00 PETANG

TEMPAT: BILIK SEMINAR, PPD LANGKAWI

PENYAMPAI: 

EN. LEE KIM KAK – VERIFIKATOR DALAMAN

MOHD SYUHAIMI BIN ABU – VERIFIKATOR DALAMAN

PUAN NORZILAH BT AHMAD – VERIFIKATOR DALAMAN

Sesi bimbingan kepada anggota kumpulan perkhidmatan (AKP) bagi memastikan kualiti bimbingan yang dijalankan kepada AKP sekolah-sekolah di PPD Langkawi mencapai tahap bimbingan yang mantap. Platform iBimbing akan dijadikan sebagai tapak perekodan untuk mengenalpasti bimbingan yang telah dijalankan.

BENGKEL PEMANTAPAN BUDAYA PELAPORAN I-BIMBING bil 2/2020

TARIKH: 21 SEPTEMBER 2020

MASA: 03.00 HINGGA 05.00 PETANG

TEMPAT: BILIK SEMINAR, PPD LANGKAWI

PENYAMPAI: EN. AZHARI BIN ABDUL RASHID – PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

EN. LEE KIM KAK – TIMBALAN PPD PEMBANGUNAN MURID

Timbalan Pembanguan Murid menyampaikan kaedah pengisian bimbingan di dalam sistem iBimbing. Menurut Tuan PPD, KPM akan mewajibkan sistem ini digunapakai oleh semua PPD mulai tahun 2021.

Menerangan pengisian berkisar kepada kolum – kolum jenis laporan, tujuan bimbingan / pemantauan, fokus bimbingan / pemantauan, cadangan, tindakan susulan dan juga catatan sulit. Tuan PPD meminta SIO jelas mengenai tujuan dan fokus dalam membuat bimbingan/pemantauan di sekolah.

Semua pegawai / SIO perlu menggunakan borang maklum balas PK03 semasa membuat bimbingan. Borang berkenaan perlu diserahkan kepada sekolah setelah selesai bimbingan dilaksanakan. Pihak sekolah akan menjawab borang maklum balas berkenaan dalam tempoh yang bersesuaian. Sekiranya timbul keperluan, pegawai/SIO boleh melaksanakan pemantauan/bimbingan susulan berdasarkan maklum balas yang diterima.

BENGKEL PEMANTAPAN BUDAYA PELAPORAN I-BIMBING BIL 1/2020

TARIKH: 20 SEPTEMBER 2020

MASA: 03.00 HINGGA 05.00 PETANG

TEMPAT: BILIK SEMINAR, PPD LANGKAWI

PENYAMPAI: EN. AZHARI BIN ABDUL RASHID – PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

EN. LEE KIM KAK – TIMBALAN PPD PEMBANGUNAN MURID

Tuan PPD dan Timbalan PPD Pembangunan Murid menyampaikan tatacara dan kaedah melaksanakan bimbingan ke sekolah berpandukan SKPMg2 dan pengisian system iBimbing kepada semua pegawai yang hadir.

‘School Improvement Officer’ (SIO) adalah rakan kepada sekolah yang memainkan peranan penting dalam aspek bimbingan. SIO perlu mahir dalam segala aspek pengurusan sekolah sebagai contoh Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Headcount.

SIO perlu maklumkan pihak sekolah terlebih dahulu sebelum membuat lawatan ke sekolah. Perjumpaan SIO dengan PGB SIO sebelum bimbingan kepada guru dilaksanakan. Dapatan bimbingan dilaporkan kepada PGB supaya tindakan lanjut oleh PGB sebagai pemimpin instruksional dapat diambil.

Setelah selesai bimbingan, SIO perlu mengisi dapatan, cadangan dan tindakan lanjut bimbingan ke dalam sistem iBimbing. Sila rujuk manual pengisian iBimbing terlebih dahulu bagi memastikan kaedah pengisian menepati kehendak sistem.  

« Older Entries Recent Entries »