TAKLIMAT DAN BENGKEL PEMBENTANGAN PELAKSANAAN JK PROGRAM SIFAR MURID CICIR RENDAH/MENENGAH PERINGKAT DAERAH LANGKAWI TAHUN 2020.

TARIKH                : 21 OKTOBER 2020

MASA                   : 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

TEMPAT              : DEWAN SEMINAR, PPD LANGKAWI

Program Jejak Cicir ini melibatkan semua sekolah rendah dan menengah yang terdapat di Langkawi. Pada awal Mac yang lalu, semua sekolah telah dibekalkan dengan data untuk menjejak keberadaan murid semasa. Setelah dikenalpasti keberadaan murid yang dikelaskan mengikut kategori tertentu, murid-murid yang tergolong dalam kategori cicir sahaja diberikan perhatian untuk mencari intervensi yang sesuai untuk membantu murid-murid ini kembali bersekolah. Setelah JK peringkat sekolah diberi masa yang agak panjang, data juga dikemaskini dari semasa ke semasa untuk semakan pihak JPN dan KPM maka pada 21 Oktober 2020, bertempat di Dewan Seminar, PPD Langkawi semua wakil dari setiap sekolah iaitu PK HEM dan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah dijemput untuk berbengkel dan membentangkan hasil carian dan intervensi mereka mengikut sekolah masing-masing.

Sekolah-sekolah yang terpilih untuk membentangkan hasil jejak cicir dan intervensi mereka ialah :

  1. SMK Mahsuri
  2. SMK Kedawang
  3. SMK Ayer Hangat
  4. SMK Langkawi, Pulau Tuba
  5. SMK Kelibang
  6. SMK Tunku Putra
  7. SK Kedawang
  8. SK Nyior Chabang
  9. SK Penghulu Ahmad
  10. SK Seri Lagenda

Pembentangan pada hari tersebut telah disediakan oleh PK HEM mahupun Guru Bimbingan dan Kaunseling dari sekolah-sekolah berkenaan. Hasil pembentangan yang bersungguh-sungguh daripada setiap sekolah yang terpilih telah memberikan pelbagai manfaat kepada semua wakil sekolah yang hadir dan dapat dijadikan panduan dan persediaan kepada sekolah-sekolah lain jika diminta membuat pembentangan pada tahun hadapan.

Pihak PPD Langkawi ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang hadir dan komited dalam menggalas tanggungjawab berat ini terutamanya sekolah-sekolah yang terpilih untuk menjadi pembentang dalam program kita pada kali ini. Syabas, tahniah, sesungguhnya kecemerlangan itu terserlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.