Tarikh : 16 Disember 2020 (Rabu) Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Bilik Gemilang 2, PPD Langkawi Penceramah : En. Awang Rosnadi bin Awang Rosli, Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Pengisian Kursus :
Ceramah berkenaan aduan dan tatacara menulis aduan dengan tepat dan teknik siasatan yang dijalankan berdasarkan situasi sebenar berdasarkan isu laporan yang dibuat aduan oleh pengadu sekitar Negeri Kedah. Kehadiran peserta seramai 20 orang melibatkan semua sektor PPD Langkawi.
Program peluasan sekolah penarafan KBAT daerah Langkawi telah dilaksanakan pada 29 dan 30 November 2020. Program ini dijalankan secara atas talian.(Google Meet)
Sebanyak 6 buah sekolah yang terlibat dalam penarafan KBAT pada tahun ini melibatkan 3 sekolah menengah dan 3 sekolah rendah iaitu SMK Mahsuri, SMK Kelibang, Maktab Mahmud, SK Kuala Teriang, SK Pdg Matsirat dan SK Pulau Tuba.
SMK Kedawang dan SK Kelibang telah mendapat pengiktirafan sekolah KBAT dan telah dilantik sebagai mentor kepada 6 sekolah terlibat. Tuan Pengetua dan Guru Besar sekolah mentor telah memberi maklumat berkaitan dan berkongsi pengalaman dengan sekolah mentee.
7 elemen diberi penekanan dalam membudayakan KBAT di sekolah iaitu;
1.Kurikulum
2.Pedagogi
3.Pentaksiran
4.Kokurikulum
5.Bina upaya
6.Sokongan komuniti
7.Sumber
Pihak sekolah telah diberi tugasan berdasarkan ketetapan seperti lampiran
Tugasan sekolah menteeSesi google meet bersama sekolah menengahSesi google meet sekolah rendah bersama mentor dan mentee