C & M Sektor Pembelajaran
Tarikh: 27 Januari 2021(Rabu)
SMK KELIBANG

Tarikh: 4 Februari 2021(Khamis)
MAKTAB MAHMUD LANGKAWI


Tarikh: 27 Januari 2021(Rabu)
SMK KELIBANG
Tarikh: 4 Februari 2021(Khamis)
MAKTAB MAHMUD LANGKAWI
Bengkel ini diadakan pada 22 Februari 2021 kepada semua pegawai (SIO) di PPD. Objektif bengkel ialah untuk memantapkan penguasaan pegawai semasa memberi bimbingan di sekolah.
Bengkel dikendalikan oleh SIP+, Sektor Pengurusan Sekolah. Fokus bimbingan ialah Standard 2 iaitu Pengurusan Organisasi. Pegawai didedahkan dengan 7 aspek dalam Pengurusan Organisasi iaitu Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Aset, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Pendidikan, Iklim, Pengurusan Perpaduan dan Permuafakatan Strategik.
SIO juga didedahkan dengan pengiraan skor dan digalakkan untuk memberi bimbingan berpandukan instrumen yang disediakan.
Bengkel ini diadakan pada 9 dan 10 Februari 2021 kepada pegawai-pegawai (SIO) dalam usaha untuk memantapkan penguasaan dalam bidang SKPMg2.
Bengkel berfokus kepada Standard 1 (Kepimpinan) iaitu PGB sebagai peneraju (1.1), PGB sebagai pembimbing (1.2) dan PGB sebagai pendorong. (1.3)
Peserta didedahkan dengan kandungan yang perlu difahami dalam SKPMg2 termasuk penubuhan AJK, peranan PPS, STAK, TUMS, eviden dan skor.
Bengkel Standard 1 dikendalikan oleh Unit Pengurusan Sekolah.