Monthly Archives: March 2021

KUNJUNG BANTU BIMBINGAN PEMULIHAN KHAS DI SK NYIOR CHABANG

Tarikh : 24 MAC 2021

Hari : Rabu

Masa : 10.45-11.45 pagi

Objektif :

Kunjung bantu bimbingan pemulihan khas dilaksanakan untuk membantu guru pemulihan khas menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang bersesuaian di samping membimbing guru menjalankan PdPC yang menarik dan akan memberi impak positif kepada murid-murid pemulihan. Murid-murid seronok menjalankan aktiviti yang disediakan guru menggunakan teknik didik hibur dan penggunaan kad-kad huruf vokal yang kreatif. Guru pemulihan khas SK Nyior Chabang ialah Cikgu Nurul Hazwani bt Md Arof.

Bimbingan dan Pementoran (C & M) SISC+ SAINS MATEMATIK

Bimbingan dan pementoran ( C & M) pada minggu ini dilaksanakan di SK Nyior Chabang dan SK Ewa.

Fokus Bimbingan adalah SKPMg2 4.1, 4.2 dan 4.3. Penambahbaikan dan intervensi dilaksanakan semasa perbincangan.

bengkel kepada sio ppd langkawi

Tarikh: 23 Mac 2021 (SELASA)

Masa: 2.30 -4.30 petang

Tajuk: PInTAS & OPPM TS25

OBJEKTIF: SIO boleh memahami , menganalisis dan menginterpretasi data dalam PInTAS dan OPPM serta membuat penambahbaikan berterusan.

AKTIVITI:

  1. Mngumpul dan memproses data
  2. Menterpretasi data
  3. Mengenalpasti isu
  4. Memindah data ke dalam PInTAS
  5. Memindah data ke dalam OPPM

KURSUS TS25 MODUL 6 KOHORT 4 TAHUN 2021-KMR(Kemahiran melalui reka bentuk)

Tarikh: 17 Mac 2021

Masa: 8.30 -2.00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat, SK Seri Negeri

Peserta: Penolong Kanan Pentadbiran dan 6 orang Ketua Panitia

Penceramah: SISC+ Sektor Pembelajaran

Bengkel ini bertujuan melatih SLT dan MLT sekolah Kohort 4 agar dapat merancang PdP berasaskan KMR secara inovatif ke arah merealisasikan pembelajaran bermakna.

« Older Entries