BENGKEL PEMANTAPAN KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR
Tarikh: 18 Mac 2021 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Bilik Seminar, PPD Langkawi.
Objektif bengkel ini ialah untuk memantapkan kemahiran PGB dalam pengoperasian dan pengurusan sekolah.
Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Azudin bin Mat, SIPartners+PPD Langkawi. Fokus utama yang disampaikan ialah tentang Plan, Action, Kualiti, Akauntabiti dan result. ‘PAKAR’.
Seramai 7 orang pengetua dan 21 orang Guru Besar telah mengikuti bengkel ini. Bimbingan dan tindak ikut (FUFT) akan diberikan kepada SLT di sekolah berdasarkan buku Panduan Kepimpinan ‘PAKAR’ yang diberikan.
Sebelum bengkel , Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Encik Azhari bin Abdul Rashid telah memberi taklimat tentang hala tuju PPD Langkawi.