Bengkel peningkatan profesionalisme guru matematik anjuran Sk kedawang
Tarikh: 16 Mac 2021
Masa: 2.30-4.30 petang
Tempat: Makmal Komputer SK Kedawang
Jumlah peserta: 15 orang
Guru yang terlibat terdiri daripada semua guru Matematik SK Kedawang, Ketua Panitia Matematik SK Temonyong, Ketua Panitia Matematik SK Padang Matsirat dan Ketua Panitia Matematik SK Nyior Chabang.
Objektif: Bengkel ini diadakan untuk tujuan meningkatkan pelbagai kaedah Matematik dalam kalangan guru-guru dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam pembinaan soalan-soalan KBAT dalam subjek Matematik.
Bengkel berjalan lancar dan objektif tercapai. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu SK Kedawang atas inisiatif tersebut.