BENGKEL VERIFIKASI MAKLUMAT MURID TERLIBAT PROGRAM EMPOWERNCER AKADEMIK NEGERI KEDAH TAHUN 2021 BAGI DAERAH LANGKAWI.
Tarikh: 31 MAC 2021( Rabu)
Masa: 9.00 am-1.00 pm
Peserta: Penyelaras lima buah sekolah yang terlibat iaitu SMK Mahsuri, SMK Kelibang, SMK Tunku Putra, SMK Ayer Hangat dan SMK Langkawi, Pulau Tuba.
Bengkel dikendalikan oleh tiga orang pegawai dari Uitm iaitu Pengurus Projek Encik Ashraff, Cik Nabiha dan Cik Hasnida selaku Penyelaras NCER UiTM Daerah Langkawi.
Turut hadir Penyelaras Daerah Langkawi, Timbalan Pembelajaran Daerah Langkawi dan Pegawai Sektor Pembelajaran JPN Kedah.
Tujuan utama bengkel ini adalah mengumpul dan verifikasi maklumat berkaitan sekolah-sekolah dan murid-murid yang akan dilibatkan dalam program empowerNCER Akademik Fasa 2 (2021).
Diharapkan Program NCER Akademik ini akan berjalan dengan lancar dan boleh memberi banyak manfaat terutamanya meningkatkan pencapaian akademik serta sahsiah 200 orang pelajar SPM 2021 yang terpilih iaitu terdiri daripada golongan B40 dengan pencapaian sederhana lemah.