Monthly Archives: August 2021

JALINAN KEPAKARAN TNB BERSAMA PPDL 2020

Tenaga Nasional Berhad (TNB) membantu murid daripada keluarga yang kurang berkemampuan (B40) dengan pemberian cermin mata percuma menerusi program Better Brighter Vision 2020 di daerah Langkawi.
Majlis penyerahan tersebut diadakan pada 13.12.2020 ( Ahad) bertempat Di Adya Hotel , Langkawi.

Sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah TNB, Datuk Ir Nawawi Ahmad dengan diiringi oleh Encik Azhari Bin Abdul Rashid, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi kepada Guru Besar dan Pengetua dari 16 sekolah rendah dan 7 sekolah menengah terbabit.

Seramai 106 murid sekolah rendah dan 115 murid sekolah menengah menerima manfaat dari program tersebut yang bermula sejak tahun 2019 , hasil kerjasama antara TNB dan Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn.
Adalah menjadi harapan TNB agar anak-anak belajar dengan jelas dan yakin serta berjaya memburu cita-cita.

Bagi pihak PPD Langkawi sekalung penghargaan dan terima kasih TNB atas usaha murni tersebut.

Disediakan oleh:
SALAWATI BINTI SAAD
Penolong PPD HEM
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

Agihan Bantuan Komputer RIba Untuk Murid-Murid B40 Daerah Langkawi

Agihan Bantuan Komputer RIba Untuk Murid-Murid B40 Daerah Langkawi (25&26 Ogos 2021)
Disempurnakan oleh :
Tuan Haji Ahmad Shukri Bin Shafie
Timbalan Pengarah Pendidikan – Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Sekolah yang terlibat bagi phasa 1 ialah:

SMK Kelibang,

SK Kelibang,

SJKC Chung Hwa,

SJKT Ladang Sungai Raya

SK Seri Negeri

SK Langkawi

Komputer Riba ini ditaja oleh Syarikat OSRAM (Kulim) dan Syarikat First Solar(Kulim) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Ianya merupakan komputer riba terpakai yang telah diselenggarakan semula bagi membolehkan murid- murid mengikuti PDPR. Pemberian Komputer riba ini ialah secara one-off.

Disediakan oleh:
SALAWATI BINTI SAAD
Penolong PPD HEM
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

PLC: Karnival Perkongsian Amalan Terbaik Bidang Sains Matematik

Tarikh: 26 Ogos 2021 (Khamis) & 28 Ogos 2021 ( Sabtu)

Perkongsian Amalan Terbaik ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para guru menggunakan pelbagai aplikasi dan webtools supaya dapat meningkatkan kualiti pdpr dan seterusnya menarik minat murid hadir dalam pdpr.

Seramai 125 guru terdiri daripada guru-guru Sekolah rendah dan menengah bidang Sains Matematik hadir. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para guru Sains Matematik Daerah Langkawi.

🌺🌺🌺🌺🌺🌸🌸🌸🌸🌸🌺🌺🌺🌺🌺

Program Peningkatan SPM 2021: Pembugaran Matematik SPM (1449) Format Baharu KSSM

Program peningkatan SPM iaitu pembugaran Matematik SPM 1449 format baharu KSSM anjuran Unit Sains Matematik Sektor Pembelajaran telah diadakan pada 21 Ogos 2021 bersamaan hari sabtu jam 2.00 petang hingga 4.00 petang secara atas talian . Sasaran adalah semua guru matematik sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Seramai 50 orang guru Matematik telah hadir.

Moga pencerahan dan perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan pengetahuan & kemahiran guru-guru matematik sekolah menengah dalam daerah Langkawi.

Program NCER: Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang SPM 2020 Kedah & Perlis

Pada 20 Ogos 2021 bersamaan hari Jumaat, jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari telah berlangsung Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang SPM 2020 Negeri Kedah dan Perlis di bawah program NCER secara atas talian menggunakan platform Cisco Webex. 9 orang murid dalam daerah langkawi telah diberi anugerah dalam majlis tersebut. Seorang murid dari daerah Langkawi telah terpilih sebagai pelajar paling cemerlang iaitu adik Raudatul Nazriah dari SMK Ayer Hangat dengan pencapaian 8A 1B dalam SPM 2020 dan kini berjaya melanjutkan pelajaran ke UUM dalam bidang Asasi Pengurusan.

Diharapkan program NCER ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan murid-murid dalam daerah Langkawi khasnya golongan B40.

« Older Entries