Monthly Archives: September 2021

Bengkel Penyediaan Slide Perbentangan Kajian Tindakan Daerah Langkawi 2021

Bengkel ini adalah untuk memberi bimbingan dan tunjuk cara kepada guru agar boleh menyediakan slide kajian tindakan yang berkualiti untuk dipersembahkan pada hari Seminar Kajian Tindakan Daerah Langkawi yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Asma binti Saad SISC+ TVET selaku jurulatih kajian tindakan 2021.

Terima kasih kepada Encik Azhari bin Abd Rashid atas kesudian dan kesempatan memberikan kata-kata semangat kepada guru-guru peserta bengkel kajian tindakan.

Saya selaku penyelaras, dibantu oleh Ustaz Mahmud bin Hassan berasa bangga atas pencapaian guru-guru daerah Langkawi yang berjaya menghantar 5 orang peserta ke peringkat Kebangsaan dan salah seorang daripada mereka terpilih untuk dijilidkan. Tahniah Jurulatih daerah Puan Asma binti Saad yang bertungkus lumus membimbing hingga berjaya ke peringkat tersebut.

Tahniah buat Sektor Pembelajatan khasnya dan juga buat semua warga PPD Langkawi atas kejayaan tersebut.

Semoga PPD Langkawi terus setanding dan maju jaya dari masa ke masa.

Link Berita PPDL

Taklimat Program Pembinaan Modul anjuran Yayasan Pelajaran Mara (YPM) secara dalam talian(Google Meet) Daerah Langkawi.

Tarikh: 9 September 2021(Khamis)

Masa; 2.30-4.30 petang

Guru-guru yang terpilih adalah terdiri daripada gabungan guru-guru sekolah menengah KPM dan MRSM Langkawi yang berpengalaman dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains iaitu seramai 31 orang.

Idea ini telah dicadangkan oleh Puan Timbalan Pembelajaran Sektor Pembelajatan PPD Langkawi menggantikan idea asal sebelum ini iaitu melaksanakan tuisyen yang ditanggung sepenuhnya oleh YPM. Disebabkan ketika ini PKP (pendemik Covid19) di mana guru melaksanakan pdpr dan juga faktor murid sendiri maka idea ini dipersetujui oleh PPD dan juga pihak YPM sendiri. Beliau sendiri telah memberikan taklimat berkaitan program tersebut.

Tujuan program ini adalah untuk
menghasilkan 6 set modul berdasarkan format baharu SPM 2021 utk subjek BM,BI, SN dan MT

Semoga usaha sama ini akan dapat membantu semua guru dan pelajar dalam meningkatkan pencapaian SPM 2021 khasnya subjek teras berkenaan.

PENILAIAN KENDIRI ISPK KBAT

Sesi taklimat Instrumen Standard Penarafan KBAT telah diadakan kepada semua PGB dan Penolong Kanan Pentadbiran di daerah Langkawi pada 23 Ogos 2021. Taklimat disampaikan oleh En Azudin bin Mat SIP+ dan En Sukri bin Isa SISC+

Fokus utama penilaian ialah pengisian instrumen berdasarkan ketetapan berikut;

  1. Kepimpinan – 1sahaja, sama ada yg dinilai adalah Pengetua@PK pentadbiran
  2. PdP – 20% daripada jumlah Cikgu hakiki yang mengajar di sekolah.
  3. Ko-kurikulum – 20% daripada bilangan kelab/unit/persatuan yg ada di sekolah

To join the video meeting, click this link: https://meet.google.com/kso-tahj-dmj
Otherwise, to join by phone, dial +1 956-520-3583 and enter this PIN: 745 629 299#
To view more phone numbers, click this link: https://tel.meet/kso-tahj-dmj?hs=5

PENILAIAN KENDIRI ISPK KBAT: PENCERAHAN SOP STANDARDS
Tarikh: 23 Ogos 2021
Masa: 12.30 tengah hari
Sasaran: PGB dan PKP semua sekolah dalam daerah Langkawi

Semua sekolah dikehendaki menghantar maklumat yang telah ditetapkan berdasarkan tarikh yang dinyatakan.

« Older Entries