Monthly Archives: September 2021

SERAHAN 2 UNIT PERANTI TELEFON PINTAR KEPADA MURID B40 DALAM JALINAN KEPAKARAN BERSAMA PEJABAT ZAKAT NEGERI KEDAH

Pejabat Zakat Negeri Kedah hari ini berbesar hati menyumbang 2 unit telefon pintar kepada 2 orang pelajar B40 SJKC Chung Hwa. Serahan telah dibuat oleh Encik Azhari Bin Abdul Rashid, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi.

Tarikh: 1.9.2021
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

Nama Penerima:

  1. Nur Haziqah Binti Muhamad Fabian Henry
  2. Muhammad Alif Bin Nijam

Bagi pihak PPD Langkawi kami mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Zakat Negeri Kedah atas sumbangan tersebut. Semoga ianya menjadi dorongan kepada murid untuk mengikuti kelas PDPR dalam musim PKP ini.

Disediakan oleh:
SALAWATI BINTI SAAD
Penolong PPD HEM
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

JALINAN KEPAKARAN BERSAMA YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM DAERAH LANGKAWI DALAM PROGRAM FOOD BANK YaPEIM 2.0

Tarikh: 6,7 dan 8 Disember 2020
Tempat: 21 buah sekolah rendah daerah Langkawi
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang

Seramai 120 orang murid dan keluarga yang terkesan akibat Pandemik Covid 19 mendapat manfaat daripada program Foodbank YaPEIM 2.0. Selain daripada keperluan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak , Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kini terus mengorak langkah dengan memberi sumbangan daging segar. Ini adalah untuk menambah nutrisi dikalangan penerima B40.

Syabas dan Tahniah YaPEIM daripada Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.

Disediakan oleh :
SALAWATI BINTI SAAD
Penolong PPD HEM
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

JALINAN KEPAKARAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LANGKAWI BERSAMA YAYASAN PELAJARAN MARA DALAM PROGRAM BACK TO SCHOOL 2020

Seramai 1000 orang murid B40 semua sekolah daerah Langkawi menerima manfaat daripada Program Back To School anjuran Yayasan Pelajaran Mara YPM sebagai bantuan sesi awal persekolahan 2020. Murid-murid menerima beg sekolah dan voucher untuk membeli alatulis daripada kedai buku sekolah masing- masing.

Objektif program ini ialah untuk mengurangkan beban ibu bapa murid dalam membuat persediaan buka sekolah tahun 2020. Pelancaran Program untuk peringkat kebangsaan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun . Majlis diadakan pada:

Tarikh: 9.12. 2019
Tempat : MRSM Langkawi
Masa: 8.00 pagi

Semoga majlis sebegini diteruskan di masa hadapan. Terima kasih YPM.

Disediakan oleh :

SALAWATI BINTI SAAD
Penolong PPD HEM
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

Recent Entries »