Monthly Archives: October 2021

Pemantauan Pembukaan Pengoperasian Sekolah Peringkat 3 Fasa 4 SK Kilim

Nama Pemantau: Zainab binti Mohamed Said ( SIO SK Kilim)

Tarikh: 31/10/2021 ( Ahad)

Sasaran: Warga Sekolah SK Kilim

Pemantauan ini bertujuan untuk melihat kelancaran pengoperasian pembukaan sekolah mengikut SOP yang sepatutnya terutama untuk melihat kesediaan murid tahap 2 yang pertama kali datang ke sekolah. Selain itu, pemantau juga dikehendaki membuat pelaporan yang disediakan oleh pihak kementerian.

Anak-anak SK Kilim datang awal pagi mengikut SOP yang ditetapkan

Video ditayangkan berkaitan SOP dan cara-cara menjaga kebersihan
Sebelum rehat
Selepas Rehat
Murid tekun menyiapkan tugasan yang diberi guru
Aktiviti Murid di dalam bilik darjah
Waktu Pulang

Rumusan aktiviti: Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar mengikut SOP yang ditetapkan. Kehadiran 70.1% di mana penggiliran murid dilaksanakan.

PROGRAM PERKONGSIAN PROFESIONAL KAUNSELOR(PROSHARE)- self care SIRI 2 KEPADA KAUNSELOR KPM.

🗓 Tarikh: 27-28 Oktober 2021 (Rabu – Khamis)
🕘Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
🏛️Tempat : Tempat Bertugas Masing-masing
🖥️ Medium: Cisco Webex. https://bit.ly/SELFCARESIRI2

Program Proshare -self care Siri 2 ini adalah hasil perkongsian daripada 7 orang kaunselor seluruh Malaysia berkaitan pendekatan dan teknik yang digunakan dalam menangani isu yang berkaitan dengan warga pendidik. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan peningkatan ilmu para kaunselor dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang kaunselor.

Kaunselor Pendidikan Daerah, PPD Langkawi telah membuat perkongsian berkaitan kekuatan dan terapi yang dilaksanakan untuk memantapkan jiwa sebagai seorang kaunselor dalam membantu klien mencapai kesejahteraan mental dan emosi. Kenapa memilih untuk rebah sedangkan kebahagiaan itu adalah milik kita adalah antara perkongsian yang dikongsi bersama pada kali ini.

Lawatan dan Bimbingan SMK Tunku Putra

Pembimbing: Zainab Binti Mohamed Said ( SISC+ Sains Matematik)

Tarikh: 28/10/2021 ( Khamis)

Sasaran: Guru Subjek Sains Tingkatan 4 Akaun & Tingkatan 4 Mikro

Rumusan Aktiviti: Bimbingan pdpc bersama-sama Guru Kanan. Subjek Sains, eksperimen berkaitan kadar denyutan nadi. Bimbingan menggunakan instrumen SKPMg2 standar 4. Pdpc sangat baik dan bermakna, murid aktif. Penambahbaikan 4.4 iaitu mendorong mengemukakan soalan ke arah pemikiran kritis dan kreatif. 4.5 iaitu menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan dan menyemak hasil tugasan.

Murid merekod nadi sebelum aktiviti
Murid bersedia melakukan aktiviti
Kadar denyutan nadi diambil setelah aktiviti
Guru Kanan turut dibantu dalam memberi bimbingan
Sesi Bimbingan

Eksperimen

Lawatan Tinjau Persediaan Lokasi Saringan Murid Bekeperluan Khas (MBK) di SK Ulu Melaka

Program Saringan Murid Bekeperluan Khas bagi tahun 3, 4 dan 5 akan diadakan pada 8 hingga 10 November 2021. Sehubungan itu, lawatan oleh 3 orang pegawai telah dijalankan ke SK Ulu Melaka pada 27 Oktober 2021.

Pegawai terlibat :
1. Encik Mohd Amirul Fahmi Bin Harun, Penolong PPD Unit Pendidikan Khas

2. Puan Hasrina Binti Hassan, Penolong PPD unit Pemulihan Khas

3. Encik Mohd Syuhaimi Bin Abu, Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan.

Tinjauan yang memakan masa satu jam dihadiri oleh Puan Maznah binti Othman, Guru Besar SK Ulu Melaka dan Puan Sakinah selaku Guru Pemulihan. Persediaan sudah berada di tahap 80% dan kerja-kerja akhir akan dijalankan pada satu hari sebelum program dijalankan bagi menjamin keselamatan alatan dan susun atur laluan yang akan digunakan.

« Older Entries