LAPORAN PENGOPERASIAN DAN PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH DAERAH LANGKAWI
TARIKH : 3 Oktober 2021
PEGAWAI PEMANTAU : PN NORLIYANA BINTI YUSOFF (PEN. PPD PRASEKOLAH DAN RENDAH)
MAKLUMAT ASAS :
1) 19 Buah Sekolah (31 Kelas Prasekolah termasuk 1 kelas Prasekolah Integrasi)
2) 31 Orang Guru Prasekolah , 31 Orang Ppm Prasekolah & 712 Orang Murid Prasekolah
3) 19 Buah Sekolah yang dipantau oleh 19 orang Pegawai Pejabat Pendidikan Langkawi
KEHADIRAN : Guru (31/31) , PPM (27/31) (2 orang Positif covid-19 Sk Seri Negeri,seorang cuti sakit Sk
Nyior Chabang dan seorang cuti rehat khas Sk Ewa)
KEHADIRAN MURID : 531/712 murid 74.58% kehadiran ( 4 Positif, 14 Kuarantin, 52 Masalah kesihatan,
61 Tidak bersedia dan 50 Tiada makluman)
ISU DAN CABARAN :
1) Waris masih belum bersedia untuk menghantar anak-anak ke sekolah
2) Waris masih mengambil sikap tunggu dan lihat tentang situasi semasa berkaitan Covid-19
3) Waris masih risau tentang keselamatan anak-anak ketika berada disekolah
4) Guru dan PPM perlu memberi keyakinan kepada waris






KESIMPULAN : Secara keseluruhannya, pengoperasian kelas prasekolah di daerah Langkawi pada 3 Oktober 2021 adalah berjalan lancar dan mengikut garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.