SERAHAN PERANTI PROGRAM CERDIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SMK LANGKAWI PULAU TUBA
Tarikh : 4 oktober 2021
Masa : 10.00 pagi
Bilangan Peranti : 39 buah
Seramai 39 orang murid tingkatan 3 SMK Langkawi Pulau Tuba mendapat Bantuan Komputer riba dari Program Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia.
LATAR BELAKANG
- Semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020, YB Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa peruntukan berjumlah RM150 juta telah diperuntukkan untuk membekalkan peranti komputer kepada murid sekolah yang melibatkan 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis. Inisiatif ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah (YH) dengan mendapatkan sumbangan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLiC).
- Selaras dengan dasar dan keperluan semasa, GP ini dikeluarkan untuk dijadikan panduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk menguruskan peranti komputer hak milik KPM untuk dipinjamkan kepada murid yang layak di sekolah KPM.
KRITERIA KELAYAKAN
- Peranti komputer dipinjamkan kepada murid warganegara Malaysia Tahun Empat (4) dan Tingkatan Tiga (3) di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bawah KPM yang memenuhi kriteria berikut:
- Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM4,850 [berdasarkan pengelasan isi rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2019)];
- Murid tidak memiliki sebarang peranti komputer yang berspesifikasi ditetapkan oleh KPM dan YH; dan
- Murid tidak memiliki sebarang SIM Card pelan data untuk mengakses ke talian Internet.
- Murid yang memiliki peranti komputer dan SIM Card pelan data untuk mengakses ke talian Internet seperti spesifikasi yang ditetapkan oleh KPM TIDAK LAYAK menerima peranti komputer dan pelan data tersebut.
PERANTI KOMPUTER
- Murid yang layak akan dibekalkan dengan satu (1) peranti komputer beserta dengan satu (1) SIM Card pelan data untuk tempoh satu (1) tahun bagi tujuan mengakses ke talian Internet.
PENJAGAAN PERANTI
Kehilangan/Kerosakan Peranti
- Ibu bapa/penjaga murid perlu bertanggungjawab dan membuat laporan polis sekiranya peranti komputer anak/tanggungan mereka hilang.
- Ibu bapa/penjaga murid perlu memaklumkan kehilangan/kerosakan peranti komputer anak/tanggungan mereka kepada pihak sekolah.
- JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) apabila menerima laporan kehilangan/kerosakan peranti komputer perlu melakukan:
- Siasatan kehilangan/kerosakan peranti komputer tersebut. Siasatan berfokus kepada punca kehilangan/ kerosakan peranti. Adakah kehilangan/kerosakan peranti komputer disebabkan oleh kecuaian atau ada unsur jenayah.
- Sekiranya dapatan siasatan mendapati kehilangan/kerosakan peranti komputer disebabkan oleh kecuaian atau ada unsur jenayah. JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) perlu mengeluarkan surat kepada ibu bapa/penjaga murid untuk menuntut bayaran penalti berjumlah RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit Malaysia).
- Amaun bayaran yang diterima daripada ibu bapa/penjaga murid hendaklah dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan sekolah.
- Sekolah boleh menggunakan wang tersebut untuk tujuan kebajikan murid terutama pembelian peralatan atau penyelenggaraan peranti komputer.
- Murid/ibu bapa/penjaga boleh membuat aduan kepada KPM melalui saluran berikut:
- sistem : http://moe.spab.gov.my
- E-Mel : adukpm@moe.gov.my
- DELIMA (aduan berkaitan Google Class-room Delima):
- gchelpdesk@moe-dl.edu.my
- bstp-gchelpdesk@moedl.edu.my
