Monthly Archives: October 2021

MEMBANGUN KAPASITI PEMIMPIN SEKOLAH (SLT)

Tarikh: 27 Okt 2021- Bimbingan (C&M) telah diadakan di SK Penghulu Ahmad dan di SMK Ayer Hangat. SLT yang hadir tuan Pengetua, Guru Besar, Penolang Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong kanan Pendidikan Khas.

Fokus bimbingan ialah mengupayakan SLT tentang melaksanakan pelaporan berpandukan program (PDCA). Pihak sekolah diberi bimbingan agar setiap program/ aktiviti yang dilaksanakan memberi impak terhadap kemenjadian murid. pelaporan setiap program/aktiviti dapat disimpan dalam google drive. SLT disaran membuat FUFT agar pelaporan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pelaporan ini dapat dijadikan eviden bagi tujuan penskoran instrumen SKPMg2. Selain itu, pelaporan ini dapat dijadikan panduan bagi tujuan penambahbaikan untuk perancangan program bagi tahun 2022

Program Pemantapan Penggunaan Panduan Pentaksiran Kerja Amali (Peka) Sains ( KOD: 1511) Mulai Tahun 2021

Tarikh: 27/10/2021( Rabu)

Urusetia: Zainab Bt Mohamed Said (SISC+ Sains Matematik)

Jurulatih Utama:

1) Seriyanti Binti Wan Mohamad- SMK Kedawang

2) Hafiza binti Mesran- SMK Mahsuri

Kaedah: Secara dalam talian

Sasaran: Seorang guru Tingkatan 5 subjek Sains sekolah menengah

Objektif Peka Sains SPM:

1. Menguasai kemahiran saintifik serta kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

2. Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murmi.

3. Memperkukuh teori dan konsep sains

4. Mengaplikasi proses pembelajaran berteraskan PAK-21 yang mengandungi elemen 4K 1N ( komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif serta nilai murni dan etika)

Rumusan: Diharapkan semua sekolah dapat melaksanakan Pentaksiran Kerja Amali ( PEKA) Sains dengan tepat dan lancar.

Lawatan dan Bimbingan SISC+ Sains Matematik SMK Ayer Hangat

Nama Pembimbing: Zainab Bt Mohamed Said

Tarikh: 25/10/2021 ( ISNIN)

Sasaran:

1.Guru Kanan bidang Sains Matematik

2. Guru Subjek Sains Tingkatan 5 GEO

3. Guru Subjek Kimia ( Guru Baharu ) Tingkatan 5 ST

Rumusan Aktiviti:

1.Guru Kanan dibimbing untuk mencerap menggunakan instrumen SKPMg2 Standard 4.

2. Melihat perkembangan Kandungan Asas Kurikulum yang telak dilaksanakan oleh guru Sains. Experimen dan modul turut dibincangkan.

3. Bimbingan RPH untuk guru baharu terutama berkaitan penulisan objektif yang spesifik dan boleh diukur serta lain- lain yang berkaitan.

4. Perbincangan berkaitan perkembangan program DTP dan NCER.

5. Perbincangan Kehadiran murid dan kaedah serta pendekatan pdpc yang boleh menarik minat murid.

Tingkatan 5 GEO Subjek Sains
Bimbingan guru semasa PdPc
Perbincangan bersama-sama Guru Kanan dan guru sains 5Geo
Bimbingan Guru baharu subjek kimia

BIMBINGAN MODUL 7 TS25 KOHORT 4 : SK SERI NEGERI

Tarikh : 25 Oktober 2021

Masa : 1:30 ptg – 3:30 ptg

Rakan Elit : Asma Saad ( SISC+ TVET PPDL)

Peserta : 15 orang

Bimbingan dilaksanakan secara bersemuka melibatkan SLT dan MLT ( Semua KP Mata Pelajaran). Fokus utama adalah kaedah untuk melaksanakan e-latihan modul 7 TS25. Bimbingan dilaksanakn secara hand-on dan di akhir sesi bimbingan semua peserta dapat laksanakan e-latihan dengan baik.

SLT
Hand-on activity
« Older Entries Recent Entries »