Monthly Archives: November 2021

LAWATAN BIMBINGAN PELUPUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) SMK MAHSURI

TARIKH : 16.11.2021

HARI : Selasa

MASA : 10.00 pagi – 1.00 petang

TEMPAT : SMK MAHSURI

PENCERAMAH/PENYELARAS PROGRAM : Puan Salawati Binti Saad

KUMPULAN SASARAN : AJK SPBT SMK MAHSURI

LAPORAN AKTIVITI :

Ketibaan ke SMK MAHSURI disambut oleh PK HEM bersama guru-guru yang terlibat dalam pengurusan SPBT di bilik SPBT.

  • Bimbingan dimulakan dengan memperkenalkan Jadual Pelupusan Rekod Buku Teks (JPR)
  • Tujuan Jadual
  • Skop Jadual
  • Kuasa Jadual
  • Kuat Kuasa Penggunaan JPR Urusan Fungsian
  • Definisi dan Tafsiran
  • Format Jadual
  • Permohonan Pemusnahan Rekod yang Dinyatakan Dalam Jadual Pelupusan Rekod
  • Permohonan Pemusnahan Rekod kepada Arkib Negara Malaysia
  • Pengisian Borang Format Jadual Pelupusan Rekod Arkib 1/08, Arkib 2/08 dan Arkib 12/08

Melawat Bilik SPBT yang menempatkan buku-buku teks untuk dilupuskan. Membimbing pengiraan dan ukuran rekod untuk mengisi borang permohonan.

Taklimat Pelaksanaan Digital Competency Score (DCS) untuk semua Guru Penyelaras Bestari/ICT (GPB/GICT) 2021

Tarikh : 15 November 2021
Masa : 2.30 hingga 4.30 ptg
Tempat : PKG Kuah
Kehadiran : Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT

Digital Competency Score (DSC) adalah satu program latihan secara dalam talian untuk murid-murid tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi meningkatkan tahap kompetensi murid mengenai kemahiran TMK yang diperlukan dalam dunia hari ini. Program ini dijalankan setiap tahun dan sijil yang diperolehi murid boleh menyumbang mata dalam PAJSK.

Berikut adalah keperluan minima untuk semua sekolah

Sekolah Rendah
Tahun 6 : 40 orang

Sekolah Menengah
Tingkatan 3 : 40 orang
Tingkatan 5 : 40 orang

Sekolah kurang murid : minima 5 orang murid.

Taklimat yang diadakan adalah taklimat pembugaran semula memandangkan taklimat awal telah disampaikan oleh BPSH melalui saluran Youtube pada 30 Julai 2021.

PLC Sains Matematik SK Nyior Chabang

Pembimbing: Zainab binti Mohamed Said ( SISC+ Sains Matematik)

Tarikh: 17/11/2021 ( Rabu)

Sasaran: Semua guru Sains & Matematik

Tajuk: Perkongsian Amalan Terbaik PdPc ( Teacher Sharing)

Objektif: Guru- guru dapat melihat amalan terbaik dalam pdpc iaitu fokus SKPMg2 4.1, 4.5 dan 4.6.

Guru- guru juga berbincang berkaitan PBD yang dilaksanakan semasa proses pdpc.

Guru Besar SKNC turut serta
Teacher Sharing

Majlis Perasmian Bengkel Peningkatan Kemahiran Manipulatif Dalam Pengendalian Alatan Amali Sains Anjuran Sektor Pembelajaran PPD Kota Setar

Tarikh: 14/11/2021

Perasmian dilaksanakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

Semua wakil Sisc+ Sains Matematik dijemput hadir.

Banyak pengetahuan telah dikongsikan terutama aspek penganjuran dan usahasama dengan pelbagai pihak. Bengkel ini adalah inisiatif pihak PPD Kota Setar dan julung-julung kali dilaksanakan. Oleh sebab kegusaran guru-guru terhadap pengendalian amali sains kurikulum baharu maka tercetuslah intervensi melaksanakan bengkel tersebut.

Bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran guru-guru supaya mahit dan pakar dalam amali sains formart baharu khasnya.

Semoga bengkel ini boleh dijadikan contoh kepada PPD Langkawi agar amali hands on seumpama ini boleh dilaksanakan di dalam daerah Langkawi.

Biologi
Fizik
Kimia
Bersama-sama JU

« Older Entries