Majlis Perasmian Bengkel Peningkatan Kemahiran Manipulatif Dalam Pengendalian Alatan Amali Sains Anjuran Sektor Pembelajaran PPD Kota Setar
Tarikh: 14/11/2021
Perasmian dilaksanakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.
Semua wakil Sisc+ Sains Matematik dijemput hadir.
Banyak pengetahuan telah dikongsikan terutama aspek penganjuran dan usahasama dengan pelbagai pihak. Bengkel ini adalah inisiatif pihak PPD Kota Setar dan julung-julung kali dilaksanakan. Oleh sebab kegusaran guru-guru terhadap pengendalian amali sains kurikulum baharu maka tercetuslah intervensi melaksanakan bengkel tersebut.
Bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran guru-guru supaya mahit dan pakar dalam amali sains formart baharu khasnya.
Semoga bengkel ini boleh dijadikan contoh kepada PPD Langkawi agar amali hands on seumpama ini boleh dilaksanakan di dalam daerah Langkawi.




