Monthly Archives: November 2021

PLC – Teacher Sharing bidang Sains Matematik SMK Kedawang

Pembimbing: Zainab binti Mohamed Said ( Sisc+ Sains Matematik )

Tarikh: 15/11/2021 ( Isnin)

Sasaran: Guru Kanan ( MLT) & 7 orang guru Sains

Tingkatan 4 STA
Pembentangan murid
Guru-guru yang terlibat
Perbincangan kumpulan guru yang terlibat
Bimbingan individu

Objektif: Fokus SKPMg2 Standard 4

4.4 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran:

1) Guru mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif

2) Guru mengajukan soalan / mewujudkan situasi yang menjurus ke arah membuat keputusan dan menyelesai masalah.

BENGKEL PEMINDAHAN ILMU DAN PENGURUSAN PENTADBIRAN PERPUSTAKAAN

TARIKH: 9 – 10 NOVEMBER 2021

TEMPAT: SK LUBUK CHEMPEDAK

PENGLIBATAN: 16 Guru Perpustakaan dan Media Baharu Daerah Langkawi

Bengkel Pemindahan Ilmu Dan Pengurusan Pentadbiran Perpustakaan ini adalah anjuran Unit Sumber Dan Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru perpustakaan dan media yang baharu dilantik terutamanya dalam kemahiran pengurusan pusat sumber sekolah.

Seramai 16 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah daerah Langkawi yang baharu dilantik terlibat dalam bengkel ini. Penceramah terdiri dari pakar pengurusan perpustakaan iaitu Pegawai Perpustakaan dari Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu:

  1. En Mohd Razalli bin Ahmad Termizi
  2. Pn. Firdausiah binti Ahamad

Antara pengisian bengkel ini adalah teknik pemprosesan buku, perlabelan, penyusunan buku di rak, pengelasan buku serta perlupusan buku. Turut diselitkan adalah penggunaan rak buku maya iaitu penggunaan u-Pustaka.

Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat dan ilmu baharu kepada para GPM sekali gus membawa pengurusan Pusat Sumber Sekolah di daerah Langkawi ini ke tahap yang lebih tinggi dan setanding.

BENGKEL PENYUNTINGAN VIDEO DAN PENGGUNAAN APLIKASI STREAMYARD

TARIKH: 1 HINGGA 3 NOVEMBER 2021

TEMPAT: DEWAN EMERALD, HOTEL LANGKASUKA

Program anjuran Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran pegawai Sumber dan Teknologi Pendidikan PPD di seluruh Kedah terutamanya dalam kemahiran pengeditan video dan penggunakaan aplikasi streamyard untuk live streaming.

Program ini melibatkan seramai 15 peserta yang terdiri daripada Penolong PPD Sumber Dan Teknologi Pendidikan dari PPD Pendang, PPD Kota Setar, PPD Kubang Pasu dan PPD Padang Terap. Penceramah jemputan untuk program ini terdiri daripada

  1. En Mohd Syuhaimi Bin Abu (USTP PPD Langkawi)
  2. En. Shahril Akmal bin Abd Rahman (USTP PPD Kota Setar)
  3. En. Anuar bin Othman (USTP PPD Kubang Pasu)

Semoga bengkel ini dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baharu kepada para peserta dalam usaha mempertingkatkan kualiti pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing sekaligus, bergerak seiring dan setanding dengan PPD yang lain.

Lawatan dan Bimbingan Sekolah TS25 SK Langkawi

Rakan Elit: Zainab Bt Mohamed Said ( SISC+ Sains Matematik)

Turut serta membimbing Encik Shukri bin Isa ( SISC+ Sains Sosial )

Tarikh: 11/11/2021 (Khamis)

Sasaran: SLT SK Langkawi.

Tujuan adalah membimbing TS25 Modul 8 bagi kohort 5. Kursus Modul 8 ini dilaksanakan melalui google classroom dari 25/10/2021 hingga 24/11/2021.

Beberapa perkara telah diberi bimbingan dan pencerahan, antaranya berkaitan tugasan iaitu KMR dihubungkaitkan dengan modul 8 dan kepentingan PBD. Tindakan susulan akan dilaksanakan untuk tujuan melihat progres yang berlaku.

« Older Entries Recent Entries »