Monthly Archives: December 2021

Talimat Tatacara Persediaan dan Pengendalian Amali Sains Pembantu Makmal Sekolah-sekolah Daerah Langkawi Tahun 2021

Urusetia: Unit Sains Matematik PPD Langkawi & Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Cawangan Kedah.

Penceramah: Puan Rosidah binti Abdul Rofat ( Ketua Pembantu Makmal Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah) merangkap Pengerusi Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Cawangan Kedah ( KSKM)

Fasilitator:

1) Puan Zainab Mohamed Said ( SISC+ Sains Matematik)

2) Khairul Bismi Bt Abd Karim ( Pembantu Makmal SMK Mahsuri)

Outcome:

1) Sebagai persediaan kepada Pembantu Makmal untuk menghadapi peperiksaan Amali sebenar seperti yang telah dirancang oleh KPM.

2) Memberi pemahaman yang lebih jelas sebagai persediaan awal untuk menghadapi amali sebenar.

3) Meningkatkan pengetahuan pembantu makmal dalam bidang tugas bagi menghadapi peperiksaan amali sebenar dan tugas harian.

Kesimpulan:

Taklimat ini memberi manfaat untuk meningkatkan tahap persediaan pembantu makmal daerah Langkawi bagi menghadapi amali sebenar. Selain itu, taklimat ini dapat membantu pembantu makmal yang baharu dan meningkatkan kemahiran mereka dalam tatacara dan penyediaan bahan bagi mengendalikan amali sebenar SPM 2021. Semoga proses peperiksaan amali bagi SPM 2021 berjalan dengan lancar.

PROGRAM ZIARAH CAKNA PELAJAR KEMATIAN WARIS AKIBAT COVID-19 SMK MAHSURI & PPD LANGKAWI TAHUN 2021

TARIKH : 9.12.2021

HARI : KHAMIS

MASA : 11.30 pagi – 1.00 petang

PENGENALAN :

Program Ziarah Cakna adalah salah satu item dalam amalan guru penyayang (AGP) bagi setiap tahun di SMK Mahsuri. Ia adalah sangat penting supaya para guru dapat mengetahui dan mengenali pelajar dengan lebih dekat lagi. Bantuan dan sumbangan kepada para pelajar adalah sebagai salah satu usaha pihak sekolah bagi meringankan beban para pelajar dan keluarganya tambahan pula semasa pandemik wabak Covid-19.

OBJEKTIF :

  1. Membantu mengurangkan beban para pelajar dan keluarga.
  2. Mengetahui bahawa dirinya dihargai oleh pihak sekolah.
  3. Mengurangkan masalah disiplin iaitu ketidakhadiran ke sekolah.
  4. Meningkatkan pencapaian akademik kerana merasakan pihak sekolah mengambil berat akan dirinya.

ANJURAN :

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Derma, Kebajikan & Bantuan, SMK Mahsuri.

GURU YANG TERLIBAT :

  1. Puan Salawati Binti Saad (Penolong PPD Hal Ehwal Murid, PPD Langkawi)
  2. Puan Haselina Binti Ibrahim (PK Hal Ehwal Murid, SMK Mahsuri)
  3. Puan Nur Sha Ema Binti Bakar (Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Mahsuri)

SASARAN :

Pelajar Kematian Waris Akibat Covid-19

  1. Syakila Abdul Rahman – 4PS1 (No.29, Lorong 3B Taman Nilam Baru, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah)
  2. Muhammad Khairul Azhar Bin Mohd Tajul – 5 Geo 2 (Lot 2014, Jalan Kisap Sungai Raya Estate, 07000 Langkawi, Kedah)
  3. Muhammad Ilhamanaqe Bin Abd Kadir – 3 Elit (No.K 135, Taman Nilam, Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah)
  4. Nur Sakinah Umairah Binti Mohd Saleh – 2 Cekal (No.81, Blok F Taman Nilam, Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah)

BENTUK SUMBANGAN :

Sumbangan daripada :

  1. SMK Mahsuri tajaan zakat berbentuk bantuan makanan dan minuman bernilai RM 100.00 x 4 orang = RM 400.00
  2. PPD Langkawi – 1 kotak facemask x 4 keluarga = 4 kotak facemask

Disediakan oleh:
SALAWATI BINTI SAAD
Penolong PPD HEM
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

KUNJUNG BANTU PLC SEKOLAH-SEKOLAH RINTIS PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH (PLaN) BIL. 1/2021 DAERAH LANGKAWI

TARIKH : 02 DISEMBER & 08 DISEMBER 2021

MASA : 10:00 PAGI HINGGA 01:00 PETANG

SEKOLAH TERLIBAT : SK BAYAS, SK NYIOR CHABANG, SK EWA DAN SK TEMONYONG

JU PLC-PLaN : PUAN HASRINA BINTI HASSAN & PUAN ZAINAB BINTI MOHAMED SAID (SISC+ SAINS & MATEMATIK)

Objektif Kunjung Bantu : Bertujuan untuk menyokong guru sekolah rendah dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) literasi dan numerasi bagi meningkatkan pengajaran berfokus dan terbeza dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Sasaran : Kunjung bantu melibatkan semua guru dan ketua panitia yang mengajar subjek Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahun 2 dan Tahun 3.

Kunjung Bantu ini dilaksanakan selama 2 hari melibatkan 4 buah sekolah yang menjadi perintis sekolah PLaN daerah Langkawi iaitu, Sk Bayas, SK Nyior Chabang, SK Ewa dan SK Temonyong.

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK DAN KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH LANGKAWI TAHUN 2021

TARIKH : 06 DISEMBER 2021

HARI : ISNIN

MASA : 08:30 PAGI HINGGA 01:30 PETANG

TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU, KUAH

OBJEKTIF : Perkongsian amalan terbaik dilaksanakan oleh beberapa orang guru pemulihan daerah bertujuan untuk berkongsi amalan baik yang dilakukan di dalam kelas pemulihan. Kajian tindakan juga telah dibentangkan oleh 4 orang guru pemulihan dan seorang guru prasekolah yang dijemput daripada prasekolah SK Langkawi.

SASARAN : Peserta terdiri daripada 18 orang guru pemulihan daerah Langkawi.

Selain itu, bengkel juga dilaksanakan dengan membina bahan PdP teknik “Sifir Gigi” yang dikongsikan oleh guru pemulihan SK Ewa.

JARINGAN KOLABORATIF KEPIMPINAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LANGKAWI BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAT DAYA

TARIKH : 29 NOVEMBER 2021 HARI : ISNIN

TENTATIF AGAENDA JARINGAN KOLABORATIF KEPIMPINAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

11 pagi : bacaan Doa

11.05 pagi : Video Korporat PPDL

11.15 pagi : Ucapan aluan PPD Langkawi

11.30 pagi : Pembentangan Perkongsian PPD Barat Daya

12.30 t/hari : Tandatangan sijil jaringan PPD Langkawi dan PPD Barat Daya

12.45 t/hari : penyampaian cenderahati

12.50 t/hari : Sesi bergambar

1.00 t/hari : makan tengah hari

« Older Entries