PLC PEMANTAPAN KAEDAH PDP PAK-21

Anjuran : Unit TVET SMK AYER HANGAT

Bimbingan: Pn Asma binti Saad, SISC+ TVET PPD Langkawi.

PLC ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif Unit TVET SMKAH dengan bimbingan Unit TVET Sektor Pembelajaran PPD Langkawi bagi memantapkan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru. Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa guru dapat melaksanakan PdP yang menyeronokkan bagi menarik minat murid untuk belajar. Selanjutnya menghasilakan PdP berkesan yang mampu meningkatkan pencapaian murid.

Pendekatan PdP guru adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari segi gaya pemikiran, pemilihan kaedah penyampaian dan cara pelaksanaannya sehingga mampu mempengaruhi tingkah laku individu. Seringkali kejayaan atau kegagalan murid dikaitkan dengan kaedah PdP guru dalam kelas. Hal ini disokong oleh Kiamsin dan Tosy Tan (2018) yang mengatakan bahawa pemilihan kaedah pengajaran sangat bergantung kepada minat murid . Oleh sebab itu, kebijaksanaan pemilihan gaya pengajaran guru bagi menyesuaikan dengan gaya pengajaran murid sangat diperlukan. Maka disarankan supaya guru untuk mengaplikasikan PAK-21 dalam PdP harian mereka. PdP PAK-21 lebih kepada berpusatkan murid. Aktiviti pembelajaran disediakan bagi menggalakan penglibatan aktif murid dalam kelas disamping membantu murid untuk membina soft skills dan kemahiran memimpin terutama dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.

Sesi perkongsian hari ini lebih kepada untuk memberi pendedahan kepada guru dalam menggunakan teknik baharu dalam PdP. Semoga perkongsian ini dapat membuka ruang kepada guru lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan PdP dalam bilik darjah.

Cikgu Asma binti Saad – SISC+ TVET PPDL : Interactive Learning- Creating interactive and animated content using Genially
Cikgu Sharifah Norhayati binti Syed Matdzol -GPM RBT : Kaedah Jigsaw dalam PAK-21
Cikgu Nor Rohaila bt Roslan- KO RBT : Flipped Classroom dalam PAK-21

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.