PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK DAN KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH LANGKAWI TAHUN 2021
TARIKH : 06 DISEMBER 2021
HARI : ISNIN
MASA : 08:30 PAGI HINGGA 01:30 PETANG
TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU, KUAH
OBJEKTIF : Perkongsian amalan terbaik dilaksanakan oleh beberapa orang guru pemulihan daerah bertujuan untuk berkongsi amalan baik yang dilakukan di dalam kelas pemulihan. Kajian tindakan juga telah dibentangkan oleh 4 orang guru pemulihan dan seorang guru prasekolah yang dijemput daripada prasekolah SK Langkawi.
SASARAN : Peserta terdiri daripada 18 orang guru pemulihan daerah Langkawi.
Selain itu, bengkel juga dilaksanakan dengan membina bahan PdP teknik “Sifir Gigi” yang dikongsikan oleh guru pemulihan SK Ewa.




