Monthly Archives: December 2021

BENGKEL PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PRASEKOLAH DAN PEMUGARAN MODUL SIVIK DAN PKJR

TARIKH : 07 DISEMBER 2021 (SELASA)

MASA : 02:15- 05:00 PETANG

TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) KUAH

PESERTA : 31 ORANG GURU PRASEKOLAH

OBJEKTIF : 1) Bengkel Penulisan RPH Prasekolah dan Pemugaran Modul Sivik dan PKJR diadakan bertujuan untuk memastikan guru-guru dapat meyediakan RPH yang mempunyai format dan penulisan yang betul.

2) Pemugaran Modul Sivik dan Pendidikan Jalan Raya (PKJR) di dalam PdP.

SASARAN : Semua guru prasekolah daerah Langkawi. Taklimat diberi oleh semua JU Daerah Prasekolah.

KUNJUNG BIMBING PEDAGOGI OLEH JU PRASEKOLAH BERSAMA GURU PRASEKOLAH IBNU KHALDUN SK BAYAS

TARIKH : 23 NOVEMBER 2021

HARI : SELASA

MASA : 8:30 PAGI HINGGA 01:30 PETANG

BILANGAN JU TERLIBAT : 3 ORANG

Objektif : Kunjung bimbing pedagogi yang dilaksanakan ini bertujuan untuk membimbing kaedah pedagogi yang berkesan dan menarik kepada guru Prasekolah Ibnu Khaldun. Seramai 3 orang JU Prasekolah daerah Langkawi daripada 3 buah sekolah telah menjalankan pedagogi untuk subjek Bahasa Melayu dan Sains kepada murid-murid prasekolah kelas tersebut. Diharapkan kunjung bimbing ini akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kepakaran guru dalam mempelbagaikan kaedah PdP secara didik hibur yang berkesan.

PROGRAM SARINGAN MURID PEMULIHAN KHAS DAERAH LANGKAWI 2021 (FASA 2)

TARIKH : 18 NOVEMBER 2021/ 25 NOVEMBER 2021

TEMPAT : PKG KUAH/ DEWAN SERI DAYANG, SK SELAT BAGAN NYIOR

MASA : 8:30 PAGI HINGGA 1:30 PETANG

BILANGAN MURID : 25 ORANG/ 23 ORANG

BILANGAN GURU : 10 ORANG

Program Saringan Murid Pemulihan Khas Daerah Langkawi 2021 Fasa 2 merupakan program yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Khas, JPN Kedah dengan kerjasama Unit Pemulihan Khas dan Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran PPD Langkawi. Program ini telah dilaksanakan mengikut dua fasa iaitu fasa saringan dan fasa pengesahan daripada pegawai perubatan. Murid-murid yang dipilih adalah di kalangan murid pemulihan khas Tahun 2 hingga Tahun 4 yang mempunyai ciri-ciri Murid Bekeperluan Khas (MBK).

Seramai 23 orang murid telah disahkan sebagai MBK di kalangan murid sekolah sekitar Pulau Langkawi manakala 14 orang murid sekolah di sekitar Pulau Tuba. Murid-murid yang dikenalpasti ini akan diberikan penempatan ke kelas-kelas pendidikan khas sekitar Langkawi pada sesi persekolahan 2022 akan datang.

« Older Entries Recent Entries »