Monthly Archives: January 2022

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2020

Pada 6 Disember 2021 yang lalu, PPD Langkawi telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, iaitu Encik Lee Kim Kak, Timbalan PPD Sektor Perancangan. Ianya telah diadakan dalam suasana yang meriah namun masih mengikut Standard Operating Procedure (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Seramai 125 orang penjawat awam berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuklah Pengetua, Guru Besar, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) telah bertuah menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sesi penyampaian sijil ini telah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi, 60 orang dan sesi petang 65 orang, bertujuan bagi mengawal keadaan trafik di kawasan PPD Langkawi serta mengelakkan penularan wabak COVID-19. Pihak penganjur turut membenarkan semua penerima anugerah APC untuk bergambar di sekitar bangunan PPD Langkawi dalam keadaan yang mengikut SOP seperti yang telah ditetapkan. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang ini berakhir pada jam 3.30 petang.

Semua warga sekolah boleh mengakses pautan yang berikut untuk melihat pelaksanaan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2020. https://online.pubhtml5.com/vztz/zmuf/

Coaching & Mentoring SMK Kedawang

Pembimbing: Zainab binti Mohamed Said( SISC+ Sains Matematik )

Tarikh: 26/1/2022 ( Rabu)

Perbincangan peningkatan prestasi SPM
Klinik Matematik Tambahan sedang berlangsung

Intervensi:

1. Pembelajaran terbeza dalam kelas anjal

2. Program Klinik untuk Murid Gagal

3. Program Asrama semasa cuti sekolah

BIMBINGAN GURU DATA MAKLUMAT (GDM) BERKAITAN PENGURUSAN DATA (MPS) DAN EMIS DI SMKLPT

TARIKH : 19.01.2022
MASA : 9.30 PAGI – 12 TGH
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SMK LANGKAWI, PULAU TUBA
FASILITATOR : 1. EN KAMARUL JPNK
2. EN SYAHRUL JPNK
3. EN AHMAD YANI BIN GHAZALI PPDL
4. EN MUHD IZWAN BIN IDRIS PPDL

BIMBINGAN SISTEM EMIS CARA PENGISIAN KEPADA GDM BAHARU IAITU CIKGU MOHAMAD SYARIFUDIN BIN YUSOF TENTANG CARA PENGISIAN MAKLUMAT DATA DALAM SISTEM EMIS

« Older Entries