Program Mesra Komuniti empowerNCER Akademik: Penyerahan Bakul Makanan & Peranti ” Tablet Lenovo” SMK Ayer Hangat
Pegawai Penyelaras NCER Daerah: Zainab binti Mohamed Said
Tarikh: 6/1/2022 ( Khamis)
Masa: 10.30 pagi.
Tempat: Bilik Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.





Pihak Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS), UiTM telah diberi amanah oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ( NCIA) dalam menjalankan Program empowerNCER Akademik 2021 bagi pelajar Tingkatan Lima yang terpilih dan sedang mengikuti program ini.
Di samping program- program berupa kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti akademik, program-program komuniti dan jalinan bersama ibu bapa pelajar turut dilaksanakan.
Bagi mengekang penularan COVID-19, semua yang hadir perlu menatuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Majlis berjalan lancar dan diharapkan program ini mampu membantu dan memberi sokongan kepada para pelajar untuk belajar dalam situasi norma baharu serta dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.