KUNJUNG BANTU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH LANGKAWI DI BAWAH PEMACU AKADEMIK CEMERLANG (PACK) TAHUN 2022
TEMPAT : SMK AYER HANGAT
TARIKH : 11 Januari 2022
HARI : Selasa
MASA : 08:30 pagi -12:30 tengah hari
PEGAWAI PEMBIMBING :
1. Encik Lutfi bin Mohd Radzi (Penolong Pengarah PPP Sains & Matematik, JPN Kedah)
2. Encik Mohd Saiful Akmal bin Ahmad (Penolong Pengarah PPP Teknologi Maklumat & Komunikasi, JPN Kedah)
3. Encik Lee Kim Kak ( Timbalan PPD Perancangan )
4. Encik Ismail bin Man (Timbalan PPD Pembangunan Murid )
5. Puan Hasrina binti Hassan (Penolong PPD Pemulihan Khas)
Kunjung bantu dengan kerjasama Sektor Pembelajaran JPN Kedah dan Sektor Pembelajaran PPD Langkawi bertujuan untuk mengenalpasti isu dan permasalahan serta intervensi yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menghadapi peperiksaan SPM pada Februari 2022 nanti. Dialog Prestasi (DP) turut membincangkan keputusan Percubaan SPM 2021/2022 bersama Penolong Kanan Pentadbiran, ketua-ketua panitia dan guru-guru kanan subjek. DP bagi subjek-subjek kritikal iaitu Sejarah, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris telah dibentangkan oleh ketua-ketua panitia bidang masing-masing.

Pembentangan keputusan Percubaan SPM 2021/2022 oleh Penolong Kanan Pentadbiran


Dapatan daripada kunjung bantu pihak JPN dan PPD diharapkan pihak sekolah dapat mengenalpasti isu dan intervensi yang sepatutnya supaya keputusan Peperiksaan SPM nanti akan lebih baik.