TAKLIMAT PENGISIAN TEMPLATE KPMPerkasaKU BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH DAERAH LANGKAWI
TARIKH : 16 JANUARI 2022
HARI : AHAD
MASA : 02:30 PETANG
TEMPAT : STESEN MASING-MASING (google-meet)
KEHADIRAN : 41 ORANG PENGETUA DAN GURU BESAR
FASILITATOR : PUAN NORSALIZA BINTI ABDUL GHAFAR (TIMBALAN PPD PEMBELAJARAN)
PUAN ASMA BINTI SAAD (SISC+ TVET)
PUAN HASRINA BINTI HASSAN (PENOLONG PPD PEMULIHAN KHAS)
KPMPerkasaKu melaksanakan beberapa strategi, iaitu Strategi Pengukuhan dan Pengayaan, Pemugaran Literasi dan Numerasi, Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah serta menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk murid sekolah rendah dan sekolah menengah. uKPM memerlukan maklumat yang pelaksanaan KPMPerkasaKU yang komprehensif dan tekal untuk merancang strategi pelaksanaan kurikulum pada Sesi Kalender Akademik 2022/2023. Selain itu, maklumat ini juga diperlukan untuk memastikan kemajuan pelaksanaan KPMPerkasaKU.
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga boleh menggunakan template yang disediakan ini untuk mengumpul maklumat pelaksanaan kurikulum pada peringkat JPN dan PPD bagi tujuan merancang strategi pelaksanaan kurikulum pada peringkat JPN dan PPD masing-masing. Bagi sekolah rendah, kutipan data adalah meliputi mata pelajaran teras daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. uBagi sekolah menengah, kutipan data bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 adalah merangkumi mata pelajaran teras sahaja. Bagi Tingkatan 4 kutipan data merangkumi mata pelajaran teras dan mata pelajaran Elektif (STEM)- Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.
Justeru, taklimat yang diadakan akan memudahkan barisan pengurusan sekolah untuk melengkapkan template yang dibekalkan pihak JPN.

