MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2020

Pada 6 Disember 2021 yang lalu, PPD Langkawi telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, iaitu Encik Lee Kim Kak, Timbalan PPD Sektor Perancangan. Ianya telah diadakan dalam suasana yang meriah namun masih mengikut Standard Operating Procedure (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Seramai 125 orang penjawat awam berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuklah Pengetua, Guru Besar, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) telah bertuah menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sesi penyampaian sijil ini telah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi, 60 orang dan sesi petang 65 orang, bertujuan bagi mengawal keadaan trafik di kawasan PPD Langkawi serta mengelakkan penularan wabak COVID-19. Pihak penganjur turut membenarkan semua penerima anugerah APC untuk bergambar di sekitar bangunan PPD Langkawi dalam keadaan yang mengikut SOP seperti yang telah ditetapkan. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang ini berakhir pada jam 3.30 petang.

Semua warga sekolah boleh mengakses pautan yang berikut untuk melihat pelaksanaan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2020. https://online.pubhtml5.com/vztz/zmuf/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.