Monthly Archives: January 2022

Coaching & Mentoring Bidang Sains Matematik Maktab Mahmud

Nama pembimbing: Zainab binti Mohamed Said( SISC+ Sains Matematik)

Tarikh: 17/1/2022( Isnin)

Fokus: Bimbingan Intervensi peningkatan SPM

Pelancaran Program EMoCon SK Lubuk Chempedak 2022

“Early Morning Conversation “

Tarikh : 17 Januari 2022

Masa : 10 pagi

Program ini telah dilihamkan oleh Tn Hj Zamri Abd Majid , Guru Besar SKLC bersama Panitia Pahasa Inggeris. Program ini melibatkan semua murid bermula murid pra sekolah hingga murid tahun 6.

Tujuan utama adalah untuk membantu murid menguasai komunakasi dalam Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian seterusnya meningkatkan pencapaian BI mereka.

Running Test: Mentor mengendalikan program dalam kelas

Program ini bermula pada setiap pagi jam 7:30 hingga 8:00 pagi. Rasionalnya adalah bagi mengisi ruang waktu murid yang kosong pada ketika itu sebelum PdP berlangsung pada jam 8.

Perlaksanaan

Murid tahap 2 yang mempunyai tahap pengusaan Bahasa Inggeris yang baik ditugaskan untuk menjadi mentor kepada pelajar lain. Setiap kelas akan dibekalkan 2 orang mentor yang akan menggunakan modul Wave of English oleh Hj Ismail Ibrahim.

Dream BIG! Think BIG! Act BIG!

TAKLIMAT PENGISIAN TEMPLATE KPMPerkasaKU BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH DAERAH LANGKAWI

TARIKH : 16 JANUARI 2022

HARI : AHAD

MASA : 02:30 PETANG

TEMPAT : STESEN MASING-MASING (google-meet)

KEHADIRAN : 41 ORANG PENGETUA DAN GURU BESAR

FASILITATOR : PUAN NORSALIZA BINTI ABDUL GHAFAR (TIMBALAN PPD PEMBELAJARAN)

PUAN ASMA BINTI SAAD (SISC+ TVET)

PUAN HASRINA BINTI HASSAN (PENOLONG PPD PEMULIHAN KHAS)

KPMPerkasaKu melaksanakan beberapa strategi, iaitu Strategi Pengukuhan dan Pengayaan, Pemugaran Literasi dan Numerasi, Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah serta menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk murid sekolah rendah dan sekolah menengah. uKPM memerlukan maklumat yang pelaksanaan KPMPerkasaKU yang komprehensif dan tekal untuk merancang strategi pelaksanaan kurikulum pada Sesi Kalender Akademik 2022/2023.  Selain itu, maklumat ini juga diperlukan untuk memastikan kemajuan pelaksanaan KPMPerkasaKU. 

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga boleh menggunakan template yang disediakan ini untuk mengumpul maklumat pelaksanaan kurikulum pada peringkat JPN dan PPD bagi tujuan merancang  strategi pelaksanaan kurikulum pada peringkat JPN dan PPD masing-masing. Bagi sekolah rendah, kutipan data adalah meliputi mata pelajaran teras daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. uBagi sekolah menengah, kutipan data bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 adalah merangkumi mata pelajaran teras sahaja. Bagi Tingkatan 4 kutipan data merangkumi mata pelajaran teras  dan mata pelajaran Elektif (STEM)- Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. 

Justeru, taklimat yang diadakan akan memudahkan barisan pengurusan sekolah untuk melengkapkan template yang dibekalkan pihak JPN.

PENDAFTARAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) DAERAH LANGKAWI SESI 2021/2022

TARIKH : 13 JANUARI 2022

HARI : KHAMIS

MASA : 08:30 PAGI HINGGA 12:30 TENGAH HARI

TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) KUAH

OBJEKTIF : Pendaftaran murid berkeperluan khas (MBK) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SASARAN : Seramai 31 orang murid MBK daripada semua sekolah daerah Langkawi.

Murid-murid yang telah didaftarkan ini akan diberikan penempatan ke kelas-kelas pendidikan khas bagi sesi 2022/2023 nanti.

Murid membuka akaun Bank Simpanan Nasional
Penyerahan borang BPPOKU oleh waris dan murid MBK kepada JKM
« Older Entries Recent Entries »