Program #Warga PPDL Sejahtera anjuran Unit Kaunseling PPD Langkawi.
Tarikh: 8 Februari 2022 ( Selasa)
Masa; 8.pagi
Tajuk: Kepentingan & Faedah Budaya Kerja Berpasukan
Disampaikan:
1. Puan Zainab bt Mohamed Said
2. Puan Intan Sarina bt Mohd Zabidi
KEPENTINGAN DAN FAEDAH BUDAYA KERJA BERPASUKAN
APAKAH ITU KERJA BERPASUKAN ?
Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
BAGAIMAN MEMBENTUK PASUKAN
- Setiap keputusan dibuat berdasarkan perbincangan.
- Setiap orang dianggap penting.
- Sifat mempercayai dan menghormati antara ahli kumpulan.
- Setiap orang bebas menggunakan kreativiti, kemahiran dan kepandaian untuk menghasilkan kerja.
- Sentiasa wujud suasana intim antara setiap anggota organisasi.
- Masing-masing bangga dengan hasil kerja pasukan, bangga dengan pencapaian organisasi.
- Memberi perhatian kepada peningkatan kerjaya setiap pekerja untuk mencapai ketaatan yang luhur. Latihan perlu dijadikan amalan biasa.
CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN
- Rangkaian hubungan yang erat dan berkesan iaitu :
- Berdasarkan kata sepakat dan persetujuan.
- Meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran dalam kerja.
- Melatihkan perkongsian idea dan pendapat.
- Ketua mengenali ahli-ahli secara dekat.
- Ketua mewujudkan hubungan dan kerjasama melalui pertemuan dan perbincangan yang kerap.
- Saling memahami peranan dan tugas serta ada toleransi kesepakatan.
- Konflik dapat diselesaikan dengan hati terbuka.
FAEDAH KERJA BERPASUKAN
- Antara faedah kerja berpasukan kepada pekerja :
- Mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja.
- Memberikan keyakinan diri pekerja tentang potensi dan kebolehan mereka.
- Mendorong sikap ingin bekerjasama dan saling bantu-membantu di kalangan pekerja.
- Menanam perasaan saling percaya mempercayai dan hormat menghormati di kalangan pekerja.
- Menjadikan diri pekerja lebih berguna, lebih manfaat dan dihargai.
- Memupuk kebolehan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan kemahiran memimpin di kalangan pekerja.
- Melatih minat pekerja untuk meneroka idea-idea baru dan kediaan menerima perubahan.
- Memberi peluang kepada pekerja menyertai proses membuat keputusan.
- Melatih golongan pekerja yang sentiasa mementingkan budaya kerja dan hasil kerja yang berkualiti.
- Antara faedah kerja berpasukan kepada pihak pengurusan dan organisasi :
- Mewujudkan perasaan percaya mempercayai dan saling hormat menghormatidi antara pekerja dan pihak pengurusan.
- Memupuk semangat kekitaan dan semangat kepunyaan di kalangan pekerja yang menguntungkan organisasi.
- Membolehkan pihak pengurusan memimpin pekerja tidak sebagaimana pendekatan tradisional.
- Mewujudkan suasana harmoni dan selesa dalam organisasi


KESIMPULAN:
Di sini dapat disimpulkan bahawa pasukan yang mempunyai hubungan yang kukuh antara ahlinya, berupaya menghasilkan kejayaan-kejayaan yang berterusan dari semasa ke semasa. Justeru, untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan jaya, setiap ahli pasukan perlu mempunyai komunikasi yang sama atau selaras dalam kalangan ahli. Inilah yang dikatakan bahawa yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing, bagai aur dengan tebing, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat dan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.