PEMANTAUAN MINGGU KEDUA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SELEPAS CUTI TAHUN BARU CINA
TARIKH : 15 FEBRUARI 2022 (SELASA)
TEMPAT : SJKT LADANG SG RAYA
GURU BESAR : CIKGU SUNDARAMOORTHI A/L MURUGIAH
SIO : PUAN HASRINA BINTI HASSAN
Pemantauan pembukaan semula sekolah dilaksanakan selepas cuti Tahun Baru Cina bertujuan untuk :
a) memastikan sekolah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KPM
b) memastikan sekolah di dalam persekitaran yang selamat, bersih dan kondusif untuk murid belajar
c) mengenalpasti isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah sepanjang sesi persekolahan
Hasil pemantauan mendapati warga sekolah mengamalkan SOP sepenuhnya dan sekolah di dalam keadaan bersih dan kondusif.
