Monthly Archives: February 2022

PEMANTAUAN MINGGU KEDUA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SELEPAS CUTI TAHUN BARU CINA

TARIKH : 15 FEBRUARI 2022 (SELASA)

TEMPAT : SJKT LADANG SG RAYA

GURU BESAR : CIKGU SUNDARAMOORTHI A/L MURUGIAH

SIO : PUAN HASRINA BINTI HASSAN

Pemantauan pembukaan semula sekolah dilaksanakan selepas cuti Tahun Baru Cina bertujuan untuk :

a) memastikan sekolah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KPM

b) memastikan sekolah di dalam persekitaran yang selamat, bersih dan kondusif untuk murid belajar

c) mengenalpasti isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah sepanjang sesi persekolahan

Hasil pemantauan mendapati warga sekolah mengamalkan SOP sepenuhnya dan sekolah di dalam keadaan bersih dan kondusif.

BIMBINGAN C&M (JANUARI 2022)

Sesi bimbingan coaching dan mentoring telah dilaksanakan di sekolah bermula 2 Januari hingga 31 Januari 2022.

Sesi bimbingan lebih berfokus kepada sekolah menengah iaitu tentang persediaan sekolah menghadapi SPM 2021 yang akan bermula pada 2 Mac 2022.Pada keseluruhannya sekolah telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan prestasi SPM.

SMK Ayer Hangat.sesi coaching bersama PK Pentadbiran
SK Selat Bagan Nyior

Bagi sekolah rendah bimbingan menjurus ke arah pemantapan pelaksanaan TS25 dan persediaan bahan (video,power point) untuk perkongsian Amalan Terbaik.

Pada 22 Januari 2022, SKSN telah mengadakan perkongsian Amalan Terbaik bersama dengan Majlis Guru Besar daerah Petaling Perdana. Pada 25 Januari, SK Selat Bagan Nyior telah mengadakan perkongsian amalan Terbaik bersama penyelaras TS25 setiap daerah Zon Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Manakala pada 27 Februari, 2 buah sekolah lagi telah dilawati iaitu SK Sg Menghulu dan SK Kedawang (kohort3)

Lawatan penyelaras TS25 ke SK Kedawang

Bimbingan SIO SK KILIM

Pembimbing: Zainab Mohamed Said ( SISC+ Sains Matematik)

Bimbingan berfokus berkaitan ‘Catch Up Plan’ yang telah dirancang dan dilaksanakan.

Selain itu, pemantauan pengurusan SOP pembukaan sekolah selepas Hari Raya Cina turut dilihat.

Bantuan BAP dilaksanakan di sekolah secara berperingkat mulai jam 11.00 pagi dan patuh kepada SOP yang ditetapkan. Seramai 192 murid yang layak terima bantuan tersebut.

Bantuan BAP
Catch UP Plan

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH SJKC MIN NAM

TARIKH: 9 FEBRUARI 2022

MASA: 11.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN SJKC MIN NAM

Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah telah diadakan secara ringkas dan sederhana tetapi meriah dan mematuhi SOP. Murid kelihatan sangat gembira dan teruja dengan persembahan tarian singa yang dipersembahkan sendiri oleh murid SJKC Min Nam. Di akhir majlis, murid telah diberikan ang pau dan limau sumbangan Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG. Penglibatan pelbagai kaum dan satu bentuk jaringan silang budaya yang wajar dicontohi. Tahniah SJKC Min Nam atas penganjuran majlis yang sangat baik. GONG XI FA CHAI

Video majlis versi TikTok. Terima kasih Cikgu Lim

Program #Warga PPDL Sejahtera anjuran Unit Kaunseling PPD Langkawi.

Tarikh: 8 Februari 2022 ( Selasa)

Masa; 8.pagi

Tajuk: Kepentingan & Faedah Budaya Kerja Berpasukan

Disampaikan:

1. Puan Zainab bt Mohamed Said

2. Puan Intan Sarina bt Mohd Zabidi

KEPENTINGAN DAN FAEDAH BUDAYA KERJA BERPASUKAN

APAKAH ITU KERJA BERPASUKAN ?
Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

BAGAIMAN MEMBENTUK PASUKAN

  1. Setiap keputusan dibuat berdasarkan perbincangan.
  2. Setiap orang dianggap penting.
  3. Sifat mempercayai dan menghormati antara ahli kumpulan.
  4. Setiap orang bebas menggunakan kreativiti, kemahiran dan kepandaian untuk menghasilkan kerja.
  5. Sentiasa wujud suasana intim antara setiap anggota organisasi.
  6. Masing-masing bangga dengan hasil kerja pasukan, bangga dengan pencapaian organisasi.
  7. Memberi perhatian kepada peningkatan kerjaya setiap pekerja untuk mencapai ketaatan yang luhur. Latihan perlu dijadikan amalan biasa.

CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN

  1. Rangkaian hubungan yang erat dan berkesan iaitu :
  • Berdasarkan kata sepakat dan persetujuan.
  • Meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran dalam kerja.
  • Melatihkan perkongsian idea dan pendapat.
  • Ketua mengenali ahli-ahli secara dekat.
  • Ketua mewujudkan hubungan dan kerjasama melalui pertemuan dan perbincangan yang kerap.
  • Saling memahami peranan dan tugas serta ada toleransi kesepakatan.
  • Konflik dapat diselesaikan dengan hati terbuka.

FAEDAH KERJA BERPASUKAN

  1. Antara faedah kerja berpasukan kepada pekerja :
  • Mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja.
  • Memberikan keyakinan diri pekerja tentang potensi dan kebolehan mereka.
  • Mendorong sikap ingin bekerjasama dan saling bantu-membantu di kalangan pekerja.
  • Menanam perasaan saling percaya mempercayai dan hormat menghormati di kalangan pekerja.
  • Menjadikan diri pekerja lebih berguna, lebih manfaat dan dihargai.
  • Memupuk kebolehan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan kemahiran memimpin di kalangan pekerja.
  • Melatih minat pekerja untuk meneroka idea-idea baru dan kediaan menerima perubahan.
  • Memberi peluang kepada pekerja menyertai proses membuat keputusan.
  • Melatih golongan pekerja yang sentiasa mementingkan budaya kerja dan hasil kerja yang berkualiti.
  1. Antara faedah kerja berpasukan kepada pihak pengurusan dan organisasi :
  • Mewujudkan perasaan percaya mempercayai dan saling hormat menghormatidi antara pekerja dan pihak pengurusan.
  • Memupuk semangat kekitaan dan semangat kepunyaan di kalangan pekerja yang menguntungkan organisasi.
  • Membolehkan pihak pengurusan memimpin pekerja tidak sebagaimana pendekatan tradisional.
  • Mewujudkan suasana harmoni dan selesa dalam organisasi

KESIMPULAN:


Di sini dapat disimpulkan bahawa pasukan yang mempunyai hubungan yang kukuh antara ahlinya, berupaya menghasilkan kejayaan-kejayaan yang berterusan dari semasa ke semasa. Justeru, untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan jaya, setiap ahli pasukan perlu mempunyai komunikasi yang sama atau selaras dalam kalangan ahli. Inilah yang dikatakan bahawa yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing, bagai aur dengan tebing, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat dan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

« Older Entries Recent Entries »