PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEKOLAH PENGGAL SATU SESI 2022/2023

SEKOLAH : SMK KEDAWANG
TARIKH : 04/04/2022
MASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG

SKOP PEMANTAUAN
1. Pemantauan sesi pembukaan sekolah
2. Pemantauan Pengurusan Aset Alih Kerajaan
3. Pemantauan Kewangan
4. Pemantauan Asrama

DAPATAN
1. Sesi pembukaan sekolah berjalan dengan baik dan mematuhi SOP yang digariskan oleh pihak KPM. Namun terdapat
pertambahan pelajar di Tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang boleh menyebabkan ketidakselesaan di bilik darjah yang
purata minimum melebihi 35 murid sekelas ditingkatan 4. Namun berdasarkan kehadiran pada hari pertama dan
pola tahun-tahun sebelumnya peratus kehadiran adalah 70% sahaja. Ini menjadikan kelas dalam keadaan
stabil dengan kepadatan 30 orang didalam 1 kelas.
2. Untuk pengurusan aset alih hasil pemantauan mendapati pengurusan fail boleh dipertingkatkan lagi dan
bimbingan perlu diberikan kepada pihak yang mengurus aset sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
bidang Aset dan perolehan. Fail-fail berkaitan dibuat dengan baik namun tidak lengkap 100%.
3. Dalam bidang pengurusan kewangan, pihak pengurus kewangan dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan
semua fail yang diperiksa adalah lengkap dan teratur. Adalah dicadangkan agar diberikan penghargaan pengurusan
kewangan cemerlang untuk sekolah ini. Untuk penambahbaikan pihak kewangan PPD Langkawi atau JPNK Kedah
boleh memberi khidmat bimbing dari segi sistem 1GFmas kerana sekolah ini merupakan sekolah PTJ dan masih ada
kekosongan jawatan yang tidak diisi iaitu 1 orang N19 pentadbiran, 1 orang N19 pengurusan asrama, 1 orang gred
C14 dan 1 orang N14.
4. Dalam pemantauan asrama pula, SMKKD adalah mematuhi SOP yang ditetapkan dan lancar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.